Bye You Tube, Instagram Dah Ada IGTV Yang Boleh Upload Video Berdurasi Satu Jam, Dan….

Share

Berita baik untuk Vlog dan Insta-famous di luar sana! Instagram kini telah menawarkan ciri baharu dalam aplikasinya di mana pengguna boleh memuatnaik video berdurasi selama satu jam! Nampaknya You Tube dah ada saingan.

Ketua Pegawai Eksekutif Instagram, Kevin Systrom berkata, sudah tiba masanya untuk video bergerak maju ke hadapan dan berkembang lapor Reuters. Aplikasi ini hauslah di download dari apps store atau play store yang diberi nama IGTV.

IGTV akan menawarkan kandungan video popular dalam bentuk menegak daripada Insta-famous di luar sana tu.

Sesiapa sahaja boleh menerbitkan kandungan di IGTV, selain untuk pengguna yang ingin menonton sahaja, pengguna akan disajikan dengan kandungan yang dicadangkan bersama-sama kandungan daripada following anda di IG.

“IGTV adalah seumpa televisyen, di mana video akan dimainkan secara automatik apabila anda membuka aplikasi berkenaan, selain setiap rakan atau profil yang anda ikuti adalah seumpama saluran televisyen” kata Systrom.

 

Jadi tunggu apa lagi, buatlah rancangan sendiri di IG anda!

IKLAN