Cara Buat Air Rendaman Kacang Bendi Untuk Turunkan Kolesterol & Rawat Kebas Kaki!

Share

Sebenarnya banyak cara yang anda boleh cuba untuk turunkan kolesterol. Selain ubat hospital, anda juga boleh amalkan pelbagai ikhtiar untuk turunkan kolesterol ke paras normal.

Ini penting kerana jika bacaan kolesterol anda tinggi, ia boleh mengundang penyakit berbahaya antaranya darah tinggi, jantung, stroke dan diabetes. Jadi usahakanlah untuk anda turunkan bacaan kolesterol ini agar lebih sihat dan cergas.

Dalam pada anda mengambil ubat hospital, tak salah untuk anda mencuba petua minum  air rendaman kacang bendi yang diamalkan suami Erika Khoriawati. Selain turunkan bacaan kolesterol, kebas-kebas kaki juga semakin hilang.

Nak buatnya pun mudah saja. Ini caranya!

BACA: Air Limau Kasturi Selain Turunkan Tekanan Darah & Kikis Kolesterol, Elok Amalkan Untuk Awet Muda!

Saya selalu mengalami kebas-kebas kaki. Suami pula tinggi bacaan kolestrol. Selepas amalkan minum air ini saya tidak lagi kebas kaki, kolestrol suami juga telah turun. Berbaloi kan dari berhabis duit beli ubat setiap bulan.

Bahan-bahannya:

– Kacang bendi 10 – 15 biji dibasuh dan dipotong.
– Air masak 1 liter.

BACA: Kalau Otot Rasa Sakit, Lenguh & Kejang, Ia Petanda Kolesterol Jahat Tinggi!

Cara penyediaannya:

1. Masukkan bendi yang telah dipotong ke dalam air.
2. Simpan di dalam peti sejuk.
3. Minum selalu.
4. Bila air telah habis, boleh ditambah air semula hingga penuh. Air boleh ditambah sehingga 3 kali sahaja.
5. Jangan bimbang jika airnya jadi makin likat. Rasanya akan jadi makin sedap diminum segar.

Cubalah. Semoga bermanfaat.

Sumber: Pesan Bonda

IKLAN