Sebenarnya banyak cara yang anda boleh cuba untuk turunkan kolesterol. Selain ubat hospital, anda juga boleh amalkan pelbagai ikhtiar untuk turunkan kolesterol ke paras normal.
Ini penting kerana jika bacaan kolesterol anda tinggi, ia boleh mengundang penyakit berbahaya antaranya darah tinggi, jantung, stroke dan diabetes. Jadi usahakanlah untuk anda turunkan bacaan kolesterol ini agar lebih sihat dan cergas.
Dalam pada anda mengambil ubat hospital, tak salah untuk anda mencuba petua minum air rendaman kacang bendi yang diamalkan suami Erika Khoriawati. Selain turunkan bacaan kolesterol, kebas-kebas kaki juga semakin hilang.
Saya selalu mengalami kebas-kebas kaki. Suami pula tinggi bacaan kolestrol. Selepas amalkan minum air ini saya tidak lagi kebas kaki, kolestrol suami juga telah turun. Berbaloi kan dari berhabis duit beli ubat setiap bulan.
Bahan-bahannya:
Ads
– Kacang bendi 10 – 15 biji dibasuh dan dipotong.
– Air masak 1 liter.
1. Masukkan bendi yang telah dipotong ke dalam air.
2. Simpan di dalam peti sejuk.
3. Minum selalu.
4. Bila air telah habis, boleh ditambah air semula hingga penuh. Air boleh ditambah sehingga 3 kali sahaja.
5. Jangan bimbang jika airnya jadi makin likat. Rasanya akan jadi makin sedap diminum segar.
Kajian menunjukkan ramai lelaki mudah diserang penyakit kolestrol bermula usia 20 hingga 65 tahun dan penyakit ini perlu dikawal jika kadar kolestrol dalam tubuh sudah melebihi 240 mg/dl.
Bagaimana cara untuk menurunkannya? Jawapan mudahnya adalah dengan memakan ikan seperti ikan bakar dan pelbagai jenis masakan ikan lagi.
Ini kerana ikan miliki protein, omega-3, asam lemak, vitamin : B2 (riboflavin) dan D, fosfos, kalsium, mineral serta simpanan minyak ikan yang amat tinggi yang boleh membantu untuk meningkatkan kesihatan diri.
Selain berupaya mencegah kolestrol, berikut adalah manfaat lain yang boleh dinikmati dengan ikan bakar :
1. Mencegah penyakit jantung
Ikan bakar dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Menurut sebuah pemeriksaan terhadap suku bangsa Eskimo yang tinggal di Greenland, ramai di antara mereka dikatakan tidak menghidap penyakit jantung. Hal yang sama turut berlaku di Jepun kerana pemantauan di negara tersebut amat sukar untuk menemui golongan yang menghidap penyakit yang sama.
Kerana apa? Kerana kedua-dua masyarakat ini gemar memakan ikan. Fakta mengatakan masyarakat Eskimo memakan ikan sekurang-kurangnya 100-200 gram ikan sehari manakala di Jepun pula, mereka memakan ikan sebanyak 300-400 gram sehari. Biar pun penduduk Jepun lebih gemarkan ikan mentah, cuba kalau mereka rasa ikan bakar di Malaysia pula nanti. Mesti sampai terbawa dalam mimpi.
2. Sedap dimakan bersama nasi
Jika bosan menghadap ayam sebagai lauk utama dalam menu harian, apa kata bertukar kepada ikan pula sebagai menu baharu? Lagi pun, ikan mempunyai banyak vitamin,protein,mineral dan memiliki sedikit kalori selain sangat baik buat mereka yang ingin mengekalkan kesegaran metabolisme.
Dalam erti kata lain, bukan sayur-sayuran atau ulam-ulaman sahaja yang mampu kebaikan, ikan juga mampu menyihatkan tubuh badan. Bayangkan anda sedang menikmati nasi putih yang panas (dimakan suku), ikan bakar (protein) dan kuah asamnya,walaupun kecur air liur, anda akan merasakan cukup segar.
3. Alternatif untuk diet yang sihat
Jika sedang menjalankan program diet, makan ikan merupakan alternatif yang terbaik keraba vitamin, mineral, dan nutrisinya. Mereka yang suka memakan ikan pasti kurang berminat terhadap makanan yang banyak lemak seperti keju atau daging.
Jadi pentingkah ikan untuk diet? Jawapannya ya kerana sistem kardiovaskular anda tidak akan terganggu selain akan meningkatkan lemak baik (HDL) dan terhindarnya daripada mudah mengalami darah beku.
Semoga dengan info yang dikupas ini memberikan anda manfaat untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setiap kali masuk tahun baharu, azam untuk hidup lebih sihat hampir sentiasa berada di tangga teratas senarai lelaki. Nak kurus, nak fit, nak ada tenaga. Tapi realitinya, ramai terkandas bukan sebab malas, sebaliknya sebab tak tahu nak mula dari mana. Gym nampak terlalu intimidating, jadual harian pula sudah sedia padat. Jadi apa senaman paling ideal?
Hakikatnya, untuk jadi lebih sihat, kau tak perlukan rutin ekstrem atau peralatan mahal. Apa yang penting ialah memilih senaman paling ideal yang praktikal, mudah dibuat dan boleh dikekalkan dalam jangka panjang.
MASKULIN kongsikan 10 senaman paling ideal untuk lelaki yang serius nak jadikan tahun ini titik permulaan gaya hidup lebih sihat dan bertenaga.
Berjalan mungkin nampak terlalu ringkas, tapi jangan silap. Ini antara senaman paling ideal untuk kesihatan jantung dan pembakaran kalori. Ia juga mudah dimasukkan dalam rutin harian tanpa mengganggu jadual kerja.
Sasarkan 30 hingga 45 minit sehari atau sekitar 8000 hingga 10000 langkah. Buat secara konsisten dan kau akan mula rasa perbezaannya pada tahap tenaga dan mood harian.
Push up ialah senaman asas yang melatih dada, bahu, lengan dan core secara serentak. Ia boleh dibuat di mana sahaja dan sesuai untuk semua tahap kecergasan.
Kalau masih baru, mulakan dengan push up versi lutut. Fokus pada teknik yang betul, bukan jumlah ulangan. Kualiti sentiasa lebih penting daripada kuantiti.
Squat melibatkan otot terbesar dalam badan iaitu kaki dan glutes. Senaman ini juga membantu meningkatkan keseimbangan dan kekuatan keseluruhan tubuh.
Mulakan dengan bodyweightsquat. Pastikan belakang kekal lurus dan pergerakan terkawal. Squat sangat sesuai untuk lelaki yang banyak menghabiskan masa duduk, menjadikannya antara senaman paling ideal untuk kehidupan moden.
Plank ialah antara senaman paling ideal untuk menguatkan core tanpa tekanan berlebihan pada tulang belakang. Core yang kuat membantu postur dan mengurangkan risiko sakit belakang.
Mulakan dengan 20 hingga 30 saat dan tingkatkan secara berperingkat. Konsistensi lebih penting daripada cuba bertahan terlalu lama.
Jogging ringan sudah memadai untuk meningkatkan stamina dan kesihatan jantung. Tak perlu kejar kelajuan atau jarak jauh.
Dua hingga tiga kali seminggu sudah mencukupi. Yang penting ialah irama yang selesa dan mampu dikekalkan untuk menjadikan aktiviti ini satu daripada senaman paling ideal harian.
Lunges membantu menguatkan kaki, punggung dan juga keseimbangan badan. Ia sangat berguna untuk pergerakan harian dan mengurangkan risiko kecederaan.
Lakukan dengan perlahan dan terkawal. Fokus pada kestabilan setiap langkah.
Jumping jacks ialah senaman pantas untuk menaikkan kadar degupan jantung. Ia sesuai sebagai pemanas badan atau senaman ringkas bila masa terhad.
Buat dalam set pendek, contohnya 30 saat senaman diikuti 30 saat rehat. Ia kekal sebagai antara senaman paling ideal untuk meningkatkan tenaga segera.
Stretching sering dipandang ringan, sedangkan ia penting untuk fleksibiliti dan pencegahan kecederaan. Otot yang tegang mudah cedera.
Luangkan lima hingga sepuluh minit setiap hari, sama ada selepas bangun tidur atau selepas bersenam. Konsistensi menjadikannya satu senaman paling ideal bagi penjagaan tubuh secara menyeluruh.
Cycling merupakan alternatif yang baik untuk mereka yang kurang selesa dengan jogging. Ia memberi impak rendah pada lutut dan masih membantu pembakaran kalori.
Tak kisah sama ada berbasikal di luar atau menggunakan stationary bike. Yang penting badan terus bergerak dan menjadikannya antara senaman paling ideal untuk semua peringkat umur.
Gabungkan beberapa senaman asas seperti squat, push up, plank dan jumping jacks dalam satu rutin ringkas. Ini sesuai untuk lelaki yang sibuk tapi masih mahu kekal aktif.
Lakukan setiap senaman selama 30 saat dan ulang tiga pusing. Ringkas tetapi berkesan sebagai senaman paling ideal untuk gaya hidup sibuk.
Untuk jadi lebih sihat, kau tak perlu jadi sempurna. Yang penting ialah bermula dan terus konsisten. Pilih beberapa daripada senaman paling ideal ini, masukkan dalam rutin mingguan dan tingkatkan secara perlahan.
Badan yang sihat dibina melalui keputusan kecil yang dibuat setiap hari. Tahun baharu hanyalah permulaan. Selebihnya bergantung pada disiplin dan komitmen kau sendiri.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Untuk menjaga kecantikan diri bukan sahaja tertumpu kepada wajah mahupun rambut, malah kuku juga harus diambil penekanan kerana kebersihan kuku juga melambangkan keperibadian kita sebagai seorang lelaki. Jadi, sudah tiba masanya untuk anda memberi lebih perhatian terhadap penjagaan kuku supaya tampak lebih kemas dan bersih.
Kuku yang panjang melambangkan dia seorang yang pengotor. Kuku yang panjang juga memudahkan ia memerangkap kekotoran. Bayangkan, anda makan nasi dengan kuku yang panjang dan ada kekotoran pada kuku anda? Mestinya banyak kuman dan bakteria masuk dalam badan. Eeuuww!
Kesalahan pertama ialah menggunakan pengetip kuku yang sama untuk ketip kuku tangan dan kaki. Hal ini boleh menyebabkan bakteria membiak dengan cepat dan boleh menyebabkan kaki jadi berbau. Pastikan anda menyediakan pengetip yang berbeza dan basuh selepas ia digunakan.
Kesalahan kedua adalah kebanyakan lelaki memotong kuku secara salah. Ada yang mengetip terlalu dalam sampai terketip isi lalu berdarah dan ada pula yang mengetip tanpa mengikut bentuk jari anda. Jangan ketip terlalu dalam atau pendek, tetapi jangan pula sampai boleh memerangkap kekotoran. Pastikan anda mengetip mengikut bentuk jari anda untuk kuku yang lebih kemas dan menarik.
Mengetip sewaktu kuku anda keras akan menyebabkan anda tidak dapat menghasilkan bentuk kuku yang kemas. Seeloknya, anda ketip kuku selepas mandi. Jika anda tidak mahu mandi lagi waktu itu, rendamkan seketika kuku di dalam air. Kuku yang lembut akan memudahkan anda untuk mengetip dan akan menghasilkan bentuk kuku yang kemas.
Jangan berkongsi ketip kuku sama ada dengan adik beradik ataupun kawan-kawan anda. Ini sebenarnya akan menggalakkan lagi penyebaran kuman dan bakteria. Lagipun, anda tidak tahu sama ada kawan-kawan anda ada penyakit berbahaya atau tidak yang mungkin boleh berjangkit kepada anda. Biar kawan-kawan kata anda kedekut sebelum anda menyesal dikemudian hari kerana sudah dijangkiti penyakit.
Apahal sampai nak gigit-gigit kuku ni? Lapar sangat ke? Ish. Ok, ni pun antara kesalahan besar yang dibuat orang lelaki. Menggigit kuku sebab tak jumpa ketip kuku atau malas nak guna. Bila gigit, lagi mudahlah bakteria dan kuman nak masuk ke dalam badan. Tak pasal-pasal anda dapat penyakit. Lagi satu, menggigit kuku akan buat kuku anda jadi buruk dan tidak kemas. Tolonglah jangan malas sangat nak guna ketip kuku ye, bukannya susah pun.
Itulah dia antara 5 kesalahan yang selalu dilakukan oleh kaum lelaki sewaktu mengetip kuku. Kami harap anda tidak mengulangi kesilapan yang disebutkan andainya anda pernah melakukannya. Menjaga kuku dengan baik sebenarnya memberi manfaat yang besar kepada kesihatan anda, jadi, tolonglah ketip kuku tanpa melakukan kesalahan seperti yang disebutkan.