Nak wangikan bau kereta tak semestinya anda perlu menggunakan gel pewangi kereta yang banyak dijual di pasaran. Sebenarnya ada bahan dari dapur yang lebih menjimatkan boleh anda guna untuk wangikan bau kereta.
Tidak dinafikan bau kereta yang hapak dan busuk boleh mengganggu mood pemanduan, apatah lagi jika anda memandu dalam tempoh yang lama. Oleh itu adalah penting untuk anda wangikan bau kereta agar anda lebih selesa.
Sebelum nak balik beraya ke kampung, anda boleh praktikkan tip mewangikan bau kereta seperti baru menggunakan kopi sebagaimana yang dikongsikan seorang pengguna Instagram bernama Ahmad Aizatnur Zakaria.
Ads
Beginilah cara saya memastikan kereta sentiasa berbau wangi seperti baru keluar dari showroom secara semulajadi sahaja.
1. Sediakan 1 bekas plastik. Saya pakai bekas beli “tau fu fa”.
2. Ambil 1 getah gelang. Saya ambil di dapur. Ada banyak.
Ads
3. Ambil sehelai kertas tisu di ruang tamu.
4. Satu sudu besar kopi Nescafe.
Ads
Siapkan seperti dalam gambar diatas lalu simpan di bawa kerusi kereta Anda. Sifat kopi menghilangkan bau. Boleh juga diganti dengan hirisan daun pandan.
Insyaallah, kita terhindar dari pemakaian pewangi sintetik kimiawi yg dapat merosak paru-paru dan jimat ratusan ringgit pertahun utk membeli pewangi kereta. ?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat anda terutamanya yang baru sahaja memiliki kereta baru di antara modifikasi paling senang untuk dilakukan ialah menukar sport rim. Apatah lagi jika anda membeli kereta yang dibekalkan dengan rim standard dan kelihatan tidak mengancam di mata anda.
Namun dalam apa jua modifikasi atau melakukan pertukaran komponen serta aksesori terdapat beberapa perkar perlu anda pertimbangkan terlebih dahulu. Ingat ya, menggunakan sport rim sangat penting bukan sahaja untuk keselesaan pemanduan tetapi juga untuk keselamatan anda.
Jika tersilap pasang padah boleh datang mengundang. Jadi kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tip untuk anda memilih sport rim kereta yang sesuai.
PCD atau Pitch Circle Diameter merupakan saiz lubang rim yang berada di tengah-tengah rim. Setiap model kereta kadangkala tidak sama PCD terutamanya kereta buatan luar negara. Dan setiap PCD juga bergantung kepada jenis kereta juga. Ada yang mempunyai 4, 5 atau 6 lubang. Saiznya pula pelbagai seperti 114.3, 100, 110, 120 dan banyak lagi.
ET merupakan singkatan kepada ‘Einpresstiefe’ atau ‘Offset’, iaitu dalam kefahaman mudah dalam Bahasa Melayu ialah mengimbangi. Ia membawa maksud untuk memberitahu kita jenis rim ini sama ada masuk ke dalam atau terkeluar dari fender atau body kereta.
Seterusnya ukuran lebar rim yang sesuai. Ukuran lebar ini akan menentukan kesesuaian tayar yang kita akan gunakan nanti. Kebanyakan trend sekarang ramai yang gemar menggunakan rim lebar tetapi tayarnya tidak lebar. Ia untuk mengelak tayar terkena pada fender atau body. Jadi ambil tahu tentangukuran lebar rim yang biasanya tertulis di sebelah daam atau belakang rim.
Akhir sekali pilihlah sport rim yang saiznya sesuai untuk kereta anda. Seperti anda juga ukurlah kasut sebelum beli. Begitu juga dengan sport rim. Selain itu, pilihlah warna rim yang lebih bersifat universal seperti hitam, krom, emas atau merah. Ia merupakan antara warna yang sangat sesuai dipadankan dengan banyak jenis warna cat pada body kereta.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sambutan bulan kemerdekaan dan juga Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September lalu disambut dengan cukup meriah di seluruh negara. Aura semangat patriotisme yang mengalir di jiwa setiap rakyat Malaysia ditonjolkan dengan cara masing-masing.
Salah satu acara meraikan Hari Malaysia yang cukup menarik perhatian MASKULIN ialah Perhimpunan BMW M terbesar pernah diadakan di negara kita.
Penggerak acara tersebut, BMW Group Malaysia dan juga komuniti pemilik M di Malaysia memberikan penghormatan istimewa sempena Hari Malaysia ke-59 dengan perhimpunan serba unik.
Lebih menarik ia melibatkan lebih 120 buah kenderaan BMW M yang merentasi pelbagai generasi. Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Tahun ini, sementara kita meraikan sejarah BMW M selama lima dekad sebagai sebuah pasukan, kita juga perlu menyuluh semangat perpaduan yang dipamerkan oleh warga Malaysia sebagai sebuah negara selama 59 tahun.
“Saya berasa amat gembira kerana berpeluang menyaksikan semangat yang dikongsi bersama oleh warga Malaysia terhadap jenama ini, yang bukan sahaja mendemonstrasikan kebanggaan dan cinta mereka ke atas divisyen sukan permotoran tersebut, tapi juga buat Malaysia pada hari yang begitu bermakna. Kami berharap Aksara Terunggul di Dunia ini akan terus memberi ilham kepada komuniti BMW M kita di sini.”
Atas sebahagian daripada sambutan Hari ///Malaysia, BMW Group Malaysia juga telah menghadiahkan para pemenang bagi pencarian jentera BMW M yang tertua di Malaysia bagi setiap siri model – sebuah peraduan nasional yang dianjurkan pada bulan Mei tahun ini, bersempena dengan 50 Jahre M.
Tiga daripada enam model BMW M pemenang telah diperagakan di perhimpunan Hari Malaysia tersebut untuk tatapan umum.
Berikut merupakan senarai pemenang (bukan dalam turutan tertentu):
1. Han Kim Leng, 1981 BMW M535i (E12)
2. Harris Mah Kar Keat – 1988 BMW M3 (E30)
3. Lim Shin Tom – 1991 BMW M5
4. Gan Kian Yeh – 2006 BMW M6 (E63)
5. Tan Kai Che – 2015 BMW M4
6. Tee Yee Jiuh – 2017 BMW M2
“Kami benar-benar tersentuh dengan sokongan padu yang dicurahkan oleh para pemilik dan peminat BMW M di Malaysia, banyak daripada mereka yang telah bersama dengan kami dalam meraikan aspirasi jenama ini selama lima dasawarsa untuk meneruskan kecemerlangannya dalam sukan permotoran.
“Sokongan tidak berbelah bahagi mereka telah menjadi tonggak kejayaan kami di sini, dan Hari ///Malaysia merupakan lambang perpaduan dan kebanggaan sebenar yang telah dipamerkan oleh komuniti BMW M Malaysia,” simpul Hans.
Semoga penganjuran seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang bagi mempukul rasa kasih dan cinta kepada negara tercinta.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Banyak trik kereta yang boleh anda buat sendiri dengan cara yang mudah dan menjimatkan. Malah trik kereta ini tidak memerlukan anda membeli alatan tambahan atau pergi ke bengkel.
Selagi boleh berjimat, bukan ke lagi bagus! Malah trik kereta ini boleh menjadi penyelamat untuk keperluan kereta anda. Caranya mudah dan berkesan tapi tak ramai orang yang tahu.
Jom kita tengok 8 trik kereta ini.
Gunakan ubat gigi untuk membersihkan semula lampu kereta anda jika kuning dan kusam. Anda hanya perlu sapukan ubat gigi pada lampu kereta yang kuning tadi dan gosok menggunakan span. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan 3-4 kali jika lampu kereta anda terlalu kotor.
Untuk mengelakkan cermin kereta berkabus ketika waktu sejuk, anda boleh sapukan dengan krim pencukur. Kemudian lapkan krim pencukur tadi dengn kain. Kini tiada lagi masalah berkabus yang anda bakal alami.
Gunakan klip kertas sebagai pemegang telefon bimbit anda. Walaupun nampak tak sempurna, ia mudah untuk dibuat dan sesuai menjadi alat pengganti jika kebetulan anda terdesak untuk menggunakan GPS dan tiada alat untuk memegang telefon bimbit. Malah cara ini boleh menjadi penyelesaian segera pada permasalahan anda.
Bagi memudahkan anda menanggalkan pelekat kereta pada cermin tanpa meninggalkan kesan gam, anda boleh gunakan kain lembap. Caranya cukup mudah! Hanya perlu rendamkan kain ke dalam air panas dan tekapkan kain tersebut pada bahagian luar cermin. Kain yang panas itu akan memudahkan kerja anda untuk menanggalkan pelekat kereta.
Jika anda dapati cermin kereta anda retak sedikit, cepat-cepat sapukan pengilat kuku di bahagian yang retak tadi. Cara ini akan menghalang retak tersebut daripada semakin teruk dan membesar sebelum anda menghantarnya ke bengkel.
Jika kereta anda kemek (tidak begitu teruk), anda boleh gunakan pam untuk mengatasi masalah ini. Caranya, pamkan bahagian kemek tersebut dan masalah anda akan selesai.
Wangikan baju busuk dan hapak di dalam kereta dengan cara mudah. Anda hanya perlu gunakan penyepit baju yang telah disapukan dengan minyak aromaterapi. Kemudian sepitkan di celah aircond kereta. Bau minyak aromaterapi tadi akan menyebarkan harumannya ketika aircond dipasang.
Jika anda tidak cukup tidur tapi terpaksa memandu untuk urusan yang penting, bawa hirisan buah lemon bersama anda. Bila mata anda mula rasa mengantuk, letakkan sehiris buah lemon di bawah lidah. Asid pada lemon akan membuatkan mata anda segar dan anda boleh meneruskan pemanduan dengan selamat.