Melakukan Senaman Shrugs Dengan Guna Dumbbell Atau Kettlebell

Share

Bagi anda yang ingin medapatkan badan yang tegap, salah satu bahagian yang penting ialah bahu. Tapi apakah senaman yang terbaik untuk membina otot bahu?

Di antara senaman yangs ering dilakukan oleh ramai penggiat aktiviti kecergasan ialah ‘shrugs’.

Secara asasnya senaman shrugs merupakan sejenis bentuk latihan tambahan dalam rutin senaman anda untuk membina otot badan lebih kuat di bahagian bahu.

Senaman ini boleh dilakukan dengan menggunakan sama ada kettlebell atau dumbbell. Tapi adakah anda melakukan senaman shrugs dengan betul selama ini?

 

Sebelum mula bersenam adalah amat penting anda memberikan tumpuan kepada gerakan yang betul semasa melakukan shrugs. Dengan kedudukan postur serta tangan yang betul anda akan mendapat hasil lebih berimpak.

Terdapat beberapa cara bagaimana anda boleh melakukannya:

LEHER DI KEDUDUKAN NEUTRAL

Pertama sekali semasa melakukan shrugs pastikan anda melihat ke bawah. Secara teorinya anda akan melakukan pusingan yang lebih lengkap pada kedudukan ini. Namun harus hati-hati agar tidak jatuh ke depan.

Melihat ke bawah boleh membuatkan servikal tulang belakang berada pada kedudukan baik untuk melakukan shrugs.

TANGAN YANG LURUS

Pastikan juga tangan anda yang memegang bebanan berada betul-betul lurus ke bawah. Jika anda perhatikan ramai orang silap dengan membengkokkan lengan mereka.

Ini boleh menyebabkan momentum dan penggunaan tenaga lebih tinggi ke hadapan.

RAPATKAN TANGAN

Jika anda perhatikan ada rakan-rakan melakukan shrugs dengan mengangkat tangan ke depan – jangan tiru dan lakukannya!

Pastikan tangan anda rapat ke badan dengan tangan menggenggam bebanan lurus ke bawah. Postur badan harus sentiasa baik dengan bahu ke belakang dan ketatkan bahagian perut.

IKLAN