Wanita Kongsi Petua Buat Air Rebusan Epal & Kayu Manis Untuk Kecilkan Perut!

Share

Ramai yang tak tahu, air rebusan epal dan kayu manis berkhasiat untuk mengecilkan perut. Jika diamalkan secara berterusan, tidak mustahil air rebusan epal dan kayu manis ini boleh buat anda cepat kurus.

Petua minum air rebusan epal dan kayu manis ini telah diamalkan oleh Chacha’s Crib

untuk membuang lemak dan mengecilkan perutnya. Setelah melakukannya selama 3 minggu, dia berjaya membuang 1.2kg lemak dan perutnya juga mengecil 1 inci.

Kalau nak cuba petuanya, jom baca perkongsian ini.

BACA: Kalau Nak Buang Lemak, Ini 5 Jenis Teh Kurus Yang Bagus Untuk Anda Minum!

Jus rebus – untuk buang lemak

Dah 3 minggu amal jus rebus ni. Setakat hari ni dah kurang 1.2kg. Perut kecut 1 inci setengah. Elok ni untuk buang lemak esp kat perut ? Saya nak amal sampai menjadi and lemak pun pegi ??

Bahan-bahannya:

– 1 biji epal hijau atau epal merah
– 1 batang kulit kayu manis
– 1.5 liter air

BACA: Diet Air Putih Jika Konsisten Buat Boleh Turunkan Berat Cepat, 11 Tip Ini Caranya!

Cara-caranya:

Rebus kejap je, janji dia boiled. Pastu biar dia sejam dua. Minum bila-bila masa esp selepas makan berat.

Selamat mencuba!

IKLAN