Pergilah ke mana sahaja sekarang ini pasti cukup mudah untuk kita terserempak dengan gerai-gerai terutamanya di tepi jalan menjual durian. Tapi satu perkara tentang membawa durian dalam kereta – apa cara paling berkesan untuk hilangkan baunya?
Tidak dinafikan selaku raja buah durian sememangnya buah yang cukup menjadi kegemaran ramai. Kemunculan musim durian seringkali disambut dengan cukup meriah oleh rakyat Malaysia.
Walaupun ia menyelerakan, namun baunya boleh menjadi mimpi buruk apabila ia tersebar dalam kereta anda.
Sisa bau durian yang tertinggal dalam kereta bukan sahaja boleh mengganggu pemanduan, tetapi juga boleh menjejaskan keselesaan penumpang.
Jadi apa cara paling berkesa untuk singkirkan bau durian dalam kereta? Ikuti beberapa tip mudah yang boleh anda cuba di bawah.
Bersihkan Secara Menyeluruh
Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah membersihkan kereta anda secara menyeluruh. Keluarkan semua sisa durian, termasuk bekas atau bungkusan yang telah digunakan.
Pastikan tiada cebisan durian yang tertinggal di dalam kereta. Lap semua permukaan yang mungkin terkena jus durian, termasuk tempat duduk, stereng, dan pemegang pintu.
Guna Baking Soda
Baking soda merupakan bahan yang sangat efektif untuk menyerap bau. Taburkan sedikit baking soda di atas tempat duduk, karpet dan kawasan lain yang mungkin terkena bau durian.
Ads
Biarkan baking soda selama beberapa jam atau semalaman, kemudian vakum sehingga bersih. Baking soda akan membantu menyerap bau durian yang melekat.
Cuka Putih
Cuka putih boleh menjadi agen pembersih semula jadi yang juga boleh menghilangkan bau. Campurkan sedikit cuka putih dengan air dalam nisbah 1:1. Kemudian semburkan di kawasan yang ada bau durian.
Biarkan seketika sebelum lap dengan kain bersih. Mungkin pada awalnya akan ada bau cuka tetapi ia akan hilang bersama bau durian.
Arang Aktif
Arang aktif adalah satu lagi bahan yang efektif untuk menyerap bau. Letakkan beberapa keping arang aktif dalam kereta anda.
Ini terutamanya di kawasan yang terdedah kepada bau durian. Arang aktif akan menyerap bau tersebut dan menghilangkan bau yang tidak diingini.
Ads
Serap Bau Daun Pandan
Daun pandan bukan sahaja digunakan dalam masakan untuk menambah aroma, tetapi juga berfungsi sebagai penyerap bau semulaj adi.
Letakkan beberapa helai daun pandan dalam kereta anda dan biarkan ia menyerap bau durian. Daun pandan akan memberikan aroma yang menyenangkan dan menghilangkan bau yang kurang enak.
Pengudaraan Baik
Pastikan kereta anda mempunyai pengudaraan yang baik. Buka semua tingkap dan biarkan udara segar masuk.
Pengudaraan yang baik akan membantu menghilangkan bau durian dengan lebih cepat. Jika boleh, parkir kereta anda di tempat yang terbuka dan biarkan pintu dan tingkap terbuka untuk beberapa jam.
Selepas menggunakan kaedah-kaedah di atas, anda boleh menambah pengharum kereta untuk memastikan bau durian benar-benar hilang.
Pilih haruman kereta yang anda suka dan letakkan di dalam kereta. Haruman kereta akan memberikan aroma yang segar dan menyenangkan.
Penapis Udara Kereta
Pastikan penapis udara dalam kereta anda berfungsi dengan baik. Penapis udara yang bersih dan baik akan membantu mengurangkan bau yang tidak diingini dalam kereta.
Tukar penapis udara jika perlu untuk memastikan kualiti udara dalam kereta sentiasa bersih dan segar.
Semoga perkongsian cara paling berkesan singkirkan bau durian dalam kereta ini memberikan manfaat untuk anda. Selamat mencuba!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Bila sebut nama Ferrari kita tidak dapat elak daripada mengaitkannya dengan status mewah, premium dan hasil kerya automotif yang luar biasa.
Terbaru mereka memperkenalkan model terbaru yang dijangka bakal ‘mengganas’ di jalanraya seluruh dunia.
Pengenalan Ferrari 488 Challenge Evo telah berlangsung baru-baru ini di ibu pejabat mereka di Mugello, Italy. Lebih kurang sama dengan bersi 488 GT3, model 488 Challenge Evo merupakan rekaan dipertingkatkan daripada model asalnya dengan prestasi lebih baik dan berkualiti.
Jadi apakah pembaharuan yang diperkenalkan menerusi model 488 Challenge Evo? Ferrari mengambil serius dengan mempertingkatkan bentuk aerodinamik. Rekaan pada bahagian depan telah diolah semula dengan meningkatkan tahap efisien kepada 30 peratus.
Ferrari berjaya melakukan penambahbaikan ini dengan mengubah saiz kepanjangan overhang hadapan dan mengubah kedudukan bahagian bampar tepi.
Pengenalan pakej EVO daripada Ferarri ini merupakan satu pakej yang memaksimakan sinergi di antara aerodinamik dan dinamik kereta – dari segi interaksi tayar, kestabilan downforce dan kawalan elektronik.
Ferrari bukan sahaja menambah baik dari sefi bahagian luar malah pada bahagian dalam juga. Antaranya electronik differential, anti-lock brake dan sistem kawalan seretan.
Sebagai contoh pada bahagian brek Ferrari menggunakan karbon seramik yang mana lebih tahan lasak berbanding model sebelum ini. Perubahan bahagian dalam pula menyaksikan reka bentuk stereng baru.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ia merupakan ikon kereta nasional negara. Dan ia juga telah membuka jalan kepada industri automatif nasional yang kini telah berjaya meletakkan nama Malaysia di peta dunia.
Jadi tidak salahlah jika ramai mengangap Proton Saga merupakan ‘godfather’ kepada industri kereta nasional. Hari ini, 9 Julai menandakan ulang tahun yang ke-35 sejak Proton Saga pertama kali diperkenalkan.
Malah tokoh negara Tun Dr Mahathir Mohamed turut mengucapkan selamat ulang tahun kepada Proton Saga yang lahir daripada idea dan wawasan beliau ketika menjadi Perdana Menteri yang keempat dahulu.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) July 9, 2020
Bagi meraikan ulang tahun yang ke-35 ini juga Proton telah mengeluarkan model eksklusif Proton Saga Anniversary Edition. Menariknya model ulang tahun ini menggunakan siri terkini iaitu Proton Saga Premium AT.
Tampil dengan warna eksklusif iaitu Quartz Black, ia diserlahkan dengan cukup elegan dengan kemasa warna kuning di beberapa bahagian seperti gril, lip hadapan, cermin sisi dan skirt.
Pada bahagian dalamannya juga turut menampilkan warna kuning keemasan. Ini dapat dilihat pada bahagian meter serta corong penghawa dingin.
Proton juga memperkenalkan beberapa penambahan ciri-ciri yang tidak terdapat pada modelnya yang lain. Tema sporty yang ditampilkan pada model edisi eksklusif ini dikatakan mengambil inspirasi dari siri R3 iaitu keluaran kereta motosport bagi Proton.
Saiz rim kekal dengan 15 inci tapi diperkenalkan dengan kemasan kelabu matte. Selain itu aksesorinya lebih premium. Sebagai contoh ia dilengkapi lampu LED Daytime Running dan paparan skrin sesentuh 7 inci bagi kawalan sistem audio.
Walau bagaimanapun tiada sebarang plak atau logo yang menyatakan ia merupakan siri ulang tahun ke-35. Namun ia tidak bermakna model ini tidak tampil sebagai edisi istimewa yang bukan sahaja terhad keluarannya.
Difahamkan hanya 1,100 unit sahaja dikeluarkan dengan harga RM39,300 (tanpa insurans). Jika dilihat pada jumlah keluaran tersebut MASKULIN yakin ia akan habis dijual dalam sekelip mata. Edisi seperti ini bukan selalu dapat kita lihat untuk dihasilkan apatah lagi dengan pelbagai ciri eksklusifnya.
Buat anda yang berminat olehlah membuat tempahan bermula hari ini di laman sesawang rasmi Proton.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Salah satu masalah apabila menggunakan kusyen fabrik bagi kenderaan ialah timbulnya kesan comot selepas terkena tumpahan air mahupun hujan.
Pening dan tak mood nak duduk dalam kereta jika kusyen kesan kotoran. Nak beli yang baru tak ada bajet. Maklumlah kos untuk tukar seat satu kereta melibatkan kos yang tinggi. Biasanya situasi macam ni dialami setelah usia kereta sudah hampir 10 tahun.
Nak tahu cara nak jadikan seat kembali bersih dan baru, sudah tentu ada caranya!
Berikut adalah cara yang dikongsi oleh Cleaning Assassin, tak susah mana modal pun cuma dalam RM15 saja!
CARA PENYEDIAAN:
1. Buat chemical sendiri
Langkah pertama anda kena buat ‘chemical’ anda sendiri. Tuang sesudu sabun pencuci pinggan dan campur dengan air suam ke dalam satu bekas air saiz sederhana. Kacau sehingga sebati.
2. Semburan
Masukkan campuran kimia anda ke dalam botol spray. Kemudian spray rata ke seat anda. Ambil jarak dalam 6-8 inci dari tempat duduk.
3. Gosok guna berus lembut
Selepas itu, ambil berus yang lembut, gosok seat anda sehingga bersih. Bahagian yang kotor mungkin memerlukan menggosok berkali-kali. (Jangan guna berus yang mudah terlerai seperti berus sabut, ia akan melekat ke dalam seat jika terlerai)
4. Lap dan bilas
Lap dengan kain bersih yang dibasahkan dengan air suam. Bilas kain dengan kerap supaya kotoran tidak kembali pada seat. Ulang banyak kali sehingga kesan chemical hilang.
5. Guna tuala microfiber
Akhir sekali, lap dengan microfiber towel sehingga kering. Selesai satu seat, anda boleh beralih ke seat yang lain.
WOW, HILANG TANDA ‘PETA DUNIA’
KOS JIMAT SANGAT!
1.Sabun basuh pinggan (percuma, curi kat dapur)
2.Botol spray (percuma, ambil spray untuk iron baju)
3.Berus lembut (RM5)
4.Kain bersih (percuma, ambil kain yang lama)
5.Tuala mikrofiber (RM10)
Namun, setiap seat berbeza pengeluar dan material, jadi kesan tak akan sama. Kotoran yang dah lama dan terlampau banyak memerlukan usaha yang lebih untuk menghilangkannya
Hasil cucian ini tidak sama dengan cucian profesional berpengalaman yang menggunakan chemical dan mesin yang dikhaskan
Nota Penting:
Jika kusyen kulit anda sangat kotor atau rosak, pertimbangkan untuk mendapatkan khidmat profesional atau gunakan produk penyelamat kulit.
Sentiasa rujuk kepada panduan penjagaan yang disediakan oleh pengeluar kenderaan atau kusyen kereta untuk memastikan pemeliharaan yang betul.
Semoga langkah-langkah ini membantu anda membersihkan kusyen kereta dengan berkesan!
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan Instagram MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.