Cara Repair Leher T-shirt Mudah Kembang & Regang Ke Bentuk Yang Asal

Share

Bahagian leher t-shirt akan mudah kembang dan regang sekiranya anda memakai t-shirt berulang-ulang kali terutamanya t-shirt daripada material kapas.

Pakai tak sampai beberapa kali, bahagian ini sudah rosak dan nampak seperti t-shirt lama. Nak dibuang pula rasa sayang kerana ia masih kelihatan elok dan boleh dipakai lagi.

Sabar dulu! Jangan terus campak t-shirt anda itu ke dalam tong sampah kerana ia masih boleh dibaiki ke bentuk yang asal.

Seorang pakar perkhidmatan dobi popular, Nexcy yang muncul di rancangan Jepun, ZIP ada kongsikan cara-cara mudah untuk anda membaiki bahagian yang kembang dan regang ini ke bentuk yang asal.

Selain pemakaian yang kerap dan berulang-ulang, t-shirt kembang juga boleh terjadi disebabkan oleh cara anda mengeringkan t-shirt tersebut selepas membasuhnya.

Contohnya, apabila anda menggantung t-shirt yang basah atau lembap dengan hanger, keberatan akibat lembap di bahagian bawah t-shirt akan menarik t-shirt tersebut sehingga t-shirt semakin meregang terutamanya pada bahagian leher.

Bahan untuk membaiki leher t-shirt kembang:

1. Satu mangkuk kiub ais yang telah diisi ke dalam air sejuk
2. Seterika
3. Meja atau permukaan rata untuk meletakkan t-shirt

CARA 1:

Lipat leher t-shirt ini seperti bentuk ‘kipas’ dan rendamkan bahagian ini ke dalam mangkuk yang berisi kiub ais.

CARA 2:

Perahkan air dan pastikan bahagian ini masih dalam bentuk lipatan kipas.

CARA 3:

Letakkan t-shirt di atas permukaan yang rata. Ratakan bahagian leher dan gosokkannya dengan jari secara menegak (sejajar dengan panjang baju).

CARA 4:

Seterika bahagian leher t-shirt menghala ke arah atas t-shirt. Pastikan t-shirt tidak kering sepenuhnya kerana anda perlu seterika t-shirt yang masih dalam keadaan lembap.

CARA 5:

Letakkan t-shirt pada permukaan rata sehingga kering.

CARA 6:

Kini leher t-shirt kembang sudah kembali ke bentuk yang asal.

Sumber & foto: teepr.com

IKLAN