Gaya Hidup

CHAGEE Raikan Merdeka Dengan ‘Kraf’, Perkenal Seri Embun & Aktiviti Layang-Layang

Share

Sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, CHAGEE Malaysia memilih untuk meraikan semangat kebersamaan menerusi sesuatu yang cukup dekat dengan budaya tempatan iaitu seni kraf, tradisi berkumpul dan secawan teh.

Menerusi kempen bertemakan “Kraf”, jenama teh itu membawa idea bahawa identiti Malaysia terbentuk daripada pelbagai latar, budaya dan tradisi yang berbeza, namun mampu disatukan menjadi sesuatu yang unik.

Kempen Merdeka kali ini turut memperkenalkan minuman edisi terhad Seri Embun Vanilla Oolong Milk Tea, selain beberapa aktiviti komuniti berteraskan seni dan permainan tradisional.

Seri Embun, Inspirasi Daripada Seni Kraf Malaysia

Menjadi antara tarikan utama kempen tersebut ialah Seri Embun, minuman edisi terhad yang diinspirasikan daripada konsep seni kraf tempatan.

Nama “Seri Embun” menggabungkan elemen sinar dan kesegaran embun pagi, manakala konsep minumannya pula cuba menggambarkan bagaimana elemen berbeza boleh disatukan dalam keseimbangan, sama seperti hasil kraftangan yang terbentuk daripada gabungan pelbagai unsur.

Dari segi rasa, Seri Embun menggabungkan teh Wuyi Da Hong Pao dengan vanila Madagascar. Gabungan tersebut menghasilkan nota bunga yang kemudian berkembang kepada rasa karamel, sebelum diakhiri dengan profil lebih lembut dan bersih.

Menurut Pengurus Besar CHAGEE Malaysia, Eason Fang, cabaran utama dalam menghasilkan minuman itu adalah memastikan kedua dua rasa dapat menyerlah tanpa satu daripadanya terlalu mendominasi.

“Dengan Seri Embun, kami mahu dua rasa yang berbeza berada dalam satu cawan dengan keseimbangan yang halus. Wuyi Da Hong Pao memberikan rasa yang lebih mendalam, manakala vanila Madagascar memberikan kehangatan. Mencapai keharmonian itu dalam setiap tegukan merupakan sesuatu yang paling kami banggakan,” kata Eason Fang, Pengurus Besar CHAGEE Malaysia.

Minuman tersebut boleh dinikmati di cawangan CHAGEE yang mempunyai pensijilan Halal, dengan status setiap premis boleh disemak menerusi direktori rasmi JAKIM.

Layang Layang Jadi Simbol Kebersamaan

Kempen Merdeka CHAGEE kali ini tidak terhad kepada minuman sahaja.

Permainan tradisional layang layang dan wau turut dijadikan antara elemen utama bagi membawa orang ramai berkumpul dalam suasana lebih santai.

Bagi kempen ini, wau dilihat sebagai simbol harapan, kebebasan dan kegembiraan apabila berkumpul bersama. Corak, warna dan sifatnya yang dibuat dengan tangan turut selari dengan tema Kraf yang dibawa CHAGEE.

Menerusi program CHAGEE Sip & Soar, orang ramai boleh menyertai perhimpunan layang layang di Taman Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur, yang berlangsung setiap hari dari 24 hingga 27 Ogos 2026, antara jam 3 petang hingga 7.30 malam.

Antara aktiviti yang disediakan termasuk sesi merasa Seri Embun, bengkel membuat layang layang, cabaran interaktif Kite Wind Challenge serta projek seni komuniti berskala besar yang akan diwarnakan bersama oleh pengunjung sepanjang acara.

Pendekatan ini memberikan sedikit kelainan kepada sambutan Merdeka berasaskan jenama, apabila pengalaman fizikal dan elemen tradisional diketengahkan sebagai aktiviti utama.

‘Layang Layang Challenge’ Di Cawangan Terpilih

Selain acara di Taman Metropolitan Kepong, CHAGEE turut menganjurkan Layang Layang Challenge di cawangan terpilih sehingga 30 Ogos 2026.

Pelanggan yang membeli dua cawan Seri Embun dan berkongsi lagu bertemakan penerbangan sama ada dengan menyanyi atau bersenandung bersama pasukan CHAGEE akan menerima satu kit layang layang DIY.

Mereka boleh menghias serta mewarnakan layang layang tersebut sebelum berkongsi hasil kreativiti di media sosial.

Daripada penyertaan itu, seramai 20 pemenang berpeluang menerima barangan eksklusif Merdeka yang merangkumi satu set penuh Vanilla Mini Soap, Diversi tea Tumbler dan layang layang khas CHAGEE.

Koleksi Eksklusif Sempena Merdeka

Tema Kraf turut diterjemahkan kepada koleksi barangan edisi terhad khas untuk pasaran Malaysia.

Antaranya ialah Vanilla Mini Soap dalam dua warna koleksi yang diberikan secara percuma dengan pembelian dua minuman Seri Embun bersaiz besar dalam satu resit, sementara stok masih ada.

Selain itu, semua pesanan Seri Embun turut disajikan menggunakan cawan kertas dan beg termal edisi khas yang direka sebagai kenang kenangan sempena Hari Kebangsaan. Ahli aplikasi CHAGEE pula menerima beberapa tawaran eksklusif sepanjang tempoh sambutan sehingga 31 Ogos 2026.

Merdeka Sebagai Ruang Untuk Berkumpul

Di sebalik produk baharu dan barangan edisi khas, pendekatan kempen ini cuba kembali kepada sesuatu yang lebih asas iaitu bagaimana budaya Malaysia sendiri terbentuk menerusi perkongsian pengalaman.

Secawan teh, sesi menghasilkan seni bersama atau menerbangkan layang layang mungkin kelihatan sederhana, namun itulah antara aktiviti yang mampu membuka ruang untuk orang ramai berkumpul tanpa mengira latar belakang.

BACA: “Respect The Sport And Respect Your Body”, Dr Say Ingatkan Jangan Ambil Mudah Cabaran HYROX

Bagi CHAGEE, idea tersebut selari dengan aspirasi jenama untuk menghubungkan manusia dan budaya melalui teh sambil memberikan nafas moden kepada tradisi minum teh. Setakat Ogos 2026, CHAGEE mempunyai lebih 7,000 cawangan di seluruh dunia termasuk operasi di beberapa negara Asia Pasifik seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam, Filipina dan Korea.

Sempena Merdeka kali ini, mesej yang ingin diketengahkan cukup mudah. Perbezaan tidak semestinya memisahkan. Sama seperti elemen dalam seni kraf atau dua rasa berbeza di dalam satu cawan, keharmonian lahir apabila semuanya diberi ruang untuk melengkapi antara satu sama lain.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Published by
Farizul Izwany Ibrahim