Cikgu Aqim Dituduh Pakai Lampin Gara-Gara Punggungnya Tarik Perhatian Wanita!

Share

Seorang guru di sebuah sekolah rendah di Segamat Johor mendapat perhatian netizen terutamanya kaum wanita semenjak gambarnya mulai tular dalam media sosial.

Jika tular kerana wajah yang kacak, ia mungkin masih boleh diterima tetapi apabila wanita bercakap tentang punggung lelaki, vibenya agak luar biasa sedikit.

Lebih-lebih lagi dia dituduh memakai lampin kerana punggungnya kelihatan terlalu mantap bagi seorang lelaki.

Namun itulah trend semasa yang terkena kepada Muhammad Mustaqim Anuar atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Aqim ketika ini.

Punggung mantap kerana latihan squat

Pemuda berusia 25 tahun ini juga tidak menafikan sesi latihan squat yang dibuat kira-kira 30 minit setiap hari sama ada di rumah atau di gim berjaya memantapkan punggungnya.

Selain itu, pemuda kelahiran Terengganu ini mengakui rajin melakukan aktiviti kecergasan setiap hari.

Misalnya pada hari Ahad, Cikgu Aqim akan pergi ke gim, Isnin ke kelas zumba dan Selasa pula berenang dan rutin itu akan berulang setiap hari.

Amal diet secara konsisten

Cikgu Aqim turut mengamalkan diet dari hari Ahad hingga Khamis dengan cara tidak mengambil makanan berminyak, tiada nasi serta minuman manis.

Cheat day bagi Cikgu Aqim untuk makan macam-macam makanan kegemarannya hanyalah pada hari Jumaat dan Sabtu.

Gambar dan video tular dari laman sosial

Ujar Cikgu Aqim lagi, memang sebelum ini dia ada berkongsi video senaman seperti squat di laman sosial selain kerap berjoging mengikut keadaan.

Jelasnya untuk mendapatkan bentuk punggung sedemikian, ia bukanlah terjadi dalam sekelip mata tetapi memakan masa lebih setahun menerusi senaman yang konsisten.

IKLAN