Seorang guru di sebuah sekolah rendah di Segamat Johor mendapat perhatian netizen terutamanya kaum wanita semenjak gambarnya mulai tular dalam media sosial.
Jika tular kerana wajah yang kacak, ia mungkin masih boleh diterima tetapi apabila wanita bercakap tentang punggung lelaki, vibenya agak luar biasa sedikit.
Lebih-lebih lagi dia dituduh memakai lampin kerana punggungnya kelihatan terlalu mantap bagi seorang lelaki.
Namun itulah trend semasa yang terkena kepada Muhammad Mustaqim Anuar atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Aqim ketika ini.
Punggung mantap kerana latihan squat
Ads
Pemuda berusia 25 tahun ini juga tidak menafikan sesi latihan squat yang dibuat kira-kira 30 minit setiap hari sama ada di rumah atau di gim berjaya memantapkan punggungnya.
Selain itu, pemuda kelahiran Terengganu ini mengakui rajin melakukan aktiviti kecergasan setiap hari.
Ads
Misalnya pada hari Ahad, Cikgu Aqim akan pergi ke gim, Isnin ke kelas zumba dan Selasa pula berenang dan rutin itu akan berulang setiap hari.
Amal diet secara konsisten
Cikgu Aqim turut mengamalkan diet dari hari Ahad hingga Khamis dengan cara tidak mengambil makanan berminyak, tiada nasi serta minuman manis.
Ads
Cheat day bagi Cikgu Aqim untuk makan macam-macam makanan kegemarannya hanyalah pada hari Jumaat dan Sabtu.
Ujar Cikgu Aqim lagi, memang sebelum ini dia ada berkongsi video senaman seperti squat di laman sosial selain kerap berjoging mengikut keadaan.
Jelasnya untuk mendapatkan bentuk punggung sedemikian, ia bukanlah terjadi dalam sekelip mata tetapi memakan masa lebih setahun menerusi senaman yang konsisten.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Antara kawasan otot yang cukup penting untuk membina badan yang tegap dan ‘sado’ ialah otot belakang.
Jika anda amalkan senaman yang salah, mungkin otot bahagian belakang tidak akan terbentuk dengan baik. Lebih teruk jika hanya menumpukan senaman di bahagian yang lain sahaja berkemungkinan anda boleh tercedera kerana berlakunya ketidakseimbangan dalam senaman.
Kestabilan seluruh otot badan juga sebenarnya sedikit sebanyak bergantung kepada otot bahagian belakang badan. Jadi inilah empat jenis senaman yang anda boleh lakukan ketika berada di gym.
Kerana enjin tubuh yang paling penting jarang minta perhatian, tetapi sentiasa memberi petunjuk. Dalam kehidupan moden yang penuh tuntutan, ramai antara kita lebih cenderung menilai kesihatan melalui apa yang mata lihat. Sama ada bentuk badan, stamina ketika bersenam atau sekadar angka di penimbang. Namun di sebalik semua itu, jantung sihat memainkan peranan yang jauh lebih besar daripada apa yang kita bayangkan.
Ia bekerja tanpa henti, kadang kala tanpa kita sedari, namun tetap meninggalkan petanda yang boleh membantu menilai keadaannya. Jantung sihat bukan sekadar bebas daripada penyakit tetapu tentang bagaimana organ penting ini bertindak balas terhadap aktiviti harian, tekanan hidup, tidur, pergerakan dan pemulihan.
MASKULIN tertarik dengan satu perkongsian dari pembikin kandungan menerusi Instagramnya @mohdrazali yang berkongsi tentang beberpaa perkara boleh anda perhatikan untuk tahu jantung dalam keadaan sihat.
Jika anda ingin tahu sejauh mana “kekuatan dalaman” anda berfungsi, perhatikan lapan tanda ini yang sering menjadi refleksi jujur kesihatan kardiovaskular.
Jika selepas menaiki tangga atau melakukan jog ringan, kadar pernafasan anda kembali normal dalam satu hingga dua minit, itu menandakan jantung sihat dan paru-paru berfungsi dengan cekap. Ini bukti tubuh mampu mengawal stres fizikal dengan cepat — sesuatu yang hanya berlaku apabila sistem kardiovaskular berada pada tahap baik.
Degupan jantung semasa rehat memberi gambaran jelas kecekapan jantung anda. Individu aktif lazimnya mencatat bacaan antara 50 hingga 70 bpm, manakala atlet ketahanan boleh mencecah sekitar 40 bpm. Semakin rendah RHR, semakin efisien jantung memompa darah tanpa perlu bekerja keras — ciri utama jantung sihat.
Pembengkakan pada anggota badan bawah sering berkait dengan masalah jantung yang tidak mengepam darah secara optimum. Jika kaki dan tangan jarang menunjukkan tanda sembab, itu petunjuk bahawa pengaliran darah anda berada dalam keadaan baik dan jantung melakukan tugasnya dengan efektif — satu lagi petanda jantung sihat.
Apabila anda memulakan senaman dan tubuh segera terasa hangat, itu menunjukkan salur darah responsif serta jantung menghantar oksigen ke otot dengan efektif. Respons cepat ini mencerminkan sistem kardiovaskular yang sihat dan adaptif — elemen penting dalam mengekalkan jantung sihat.
Jika anda boleh melakukan brisk walk selama 10 hingga 15 minit tanpa rasa semput atau ketidakselesaan di dada, ia menandakan kapasiti aerobik anda berada pada tahap yang memuaskan. Ini merupakan penanda asas jantung yang kuat dan mampu memenuhi permintaan oksigen tubuh dengan baik.
Jantung sihat yang stabil semasa tidur membantu tubuh berada dalam keadaan pemulihan optimum. Jika anda bangun dengan rasa segar, bertenaga dan tidak “berat kepala”, besar kemungkinan jantung anda bekerja dengan baik sepanjang malam dan menyokong fungsi tubuh secara menyeluruh.
Sistem elektrik jantung yang sihat menghasilkan ritma degupan yang konsisten. Jika anda jarang mengalami palpitations atau rasa degupan laju secara tiba-tiba, ia menandakan jantung sihat berada dalam keseimbangan elektrik yang baik dan berfungsi secara teratur.
Warna kulit dan sensasi pada hujung jari boleh menjadi refleksi langsung peredaran darah. Jika kulit tidak mudah pucat, dan jarang berlaku rasa kebas, itu tanda oksigen dihantar ke seluruh tubuh dengan baik — dan ini bergantung kepada fungsi jantung sihat yang stabil.
Kesihatan jantung bukan hanya tentang senarai semak doktor atau bacaan EKG; ia terhasil daripada isyarat halus yang tubuh berikan setiap hari. Jika anda mempunyai sebahagian besar tanda di atas, besar kemungkinan jantung sihat anda berada dalam keadaan baik.
Namun jika ada beberapa perkara yang mengundang persoalan, ia bukan alasan untuk panik, sebaliknya satu peluang untuk memperbaiki gaya hidup, memperkemas rutin senaman, mengurus tekanan dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan profesional.
Jantung anda bekerja tanpa henti untuk anda. Sudah tiba masanya anda memberi perhatian yang sama untuk menjaganya dan memastikan anda kekal memiliki jantung sihat sepanjang hayat.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lemak di bahagian perut adalah sesuatu yang sangat mengganggu dan ia bukan sahaja berpunca daripada faktor pemakanan malah turut terhasil kerana kurang bersenam.
Namun begitu, ada penyelesaiannya untuk anda jika anda benar-benar mahu lemak di perut hilang tetapi dengan syarat, mestilah rajin dan komited melakukan senaman ringan seperti berikut :
Bicycle Exercise
Cara melakukan bicycle exercise adalah anda perlu terlentang dan meletakkan kedua-dua tangan di belakang kepala. Angkat lutut kanan hingga ke dada dan secara serentak, kepala angkat ke hadapan dan diarahkan ke sebelah kiri. Lakukan secara berselang seli sebanyak 10 kiraan.
Vertical Leg Crunch
Senaman selanjutnya adalah vertical leg crunch. Pertama, anda harus berbaring dan letak kedua tangan di kepala. Seterusnya angkat kedua kaki lurus ke atas membentuk sudut 90 darjah. Kemudian, angkat bahu dan turunkan kembali. Ulangi hingga 10 kiraan.
Senam Lilin
Posisi awal senam lilin tidak jauh bezanya dengan vertical leg crunch. Anda harus berbaring kemudian angkat kedua kaki. Letakkan tangan di pinggang. Seterusnya angkat kedua kaki sehingga perut terangkat. Untuk lebih mudah, anda boleh menggunakan tembok untuk menyandarkan kaki.
Sit Up
Ini adalah gerakan senaman yang paling popular. Anda harus berbaring dan rapatkan kedua-dua lutut. Letakkan tangan di belakang kepala atau silangkan di bahu. Angkat tubuh perlahan hingga membentuk 90 darjah. Tahan posisi tersebut beberapa saat sebelum turunkan perlahan tubuh. Ulangi hingga beberapa kali.
Diharap dengan perkongsian ini,anda tiada lagi alasan untuk mengurang lemak di perut dan semoga senaman yang dilakukan akan memberikan hasil untuk anda. Yang penting, amalkan selalu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai anggap hamstring sekadar “tarik otot”. Hakikatnya, kecederaan ini boleh menjejaskan prestasi atlet dan ada yang memerlukan pembedahan jika tidak dirawat dengan betul.