Gaya Hidup

[CONTEST] Kisah Seram Sebalik Kamera ‘POLAROID’, Sekali Tangkap Maut Menanti!

Share

Tahukah anda sebelum penggunaan kamera digital dan telefon pintar berleluasa suatu ketika dahulu kamera filem dan polaroid adalah sangat popular.

Namun seiring dengan perjalanan zaman, penggunaan kamera yang tidak menggunakan teknologi digital ini semakin pupus.

Walaupun begitu masih wujud lagi penggemar foto-foto polaroid dan kamera instant yang dijadikan sebagai hobi dan cara mengabadikan momen istimewa.

Dari segi definisinya polaroid bermaksud sejenis bahan yang boleh melakukan proses polarise cahaya. Fenomena ini menyerap cahaya-cahaya berbeza untuk membentuk polaroid.

Uniknya foto polaroid ia memberikan elemen klasik, retro dan juga sedikit unsur misteri.

Itulah yang dibawa menerusi filem ‘POLAROID’yang bakal ditayangkan di seluruh negara bermula pada 23 Mei 2019.

Filem seram arahan Lars Klevbery ini menampilkan beberapa pelakon muda hebat seperti Madeline Petsch, Kathryn Prescott dan Javiser Botet. Ia mengisahkan tentang seorang pelajar perempuan bernama Bird Fisher yang merupakan seorang pendiam.

Tangan siapa pulak ni!

Namun hidupnya yang serba kesunyian itu berubah selepas dia menemui sebuah kamera vintaj polaroid. Tanpa disangka kamera tersebut mempunyai suatu kuasa ‘gelap’yang mampu mengancam nyawa sesiapa sahaja yang ‘ditangkapnya’.

Setiap orang yang fotonya diambil dengan kamera polaroid ini akan menemui maut dalam keadaan yang sangat mengerikan! Apakah kuasa jahat yang menyelungi sebalik kamera polaroid usang itu dan mengapakah ia mencari serta membunuh sesiapa sahaja yang dirakamnya?


MENANGI 50 PAS TAYANGAN ‘POLAROID’DI TGV CINEMA

 

IKLAN