
Jenama fesyen kontemporari berasaskan London, COS, memperkenalkan koleksi kapsul edisi terhad sempena Spring Festival dan sambutan Tahun Baharu Cina 2026 dengan tema Year of the Horse 2026.
Koleksi istimewa ini melambangkan gerakan, pembaharuan serta semangat musim perayaan melalui rekaan yang santai tetapi tetap refined dan bergaya.
Menurut COS, koleksi ini dihidupkan dengan motif kuda lukisan tangan yang disusun dalam komposisi dinamik dan fluid, mencerminkan tenaga serta vitaliti haiwan tersebut.
Ia direka khusus untuk momen bersama insan tersayang sambil menaikkan gaya harian melalui siluet relaks dan perincian yang kemas.
Year of the Horse 2026 menjadi simbol tenaga dan semangat baharu dalam rekaan fesyen kontemporari COS.
Terinspirasi daripada semangat kuda yang penuh bertenaga, koleksi ini menterjemahkan tekstur dan ritma ke dalam gabungan cetakan berestetika serta sentuhan penuh kemasan.
Elemen linear dalam pergerakan dipaparkan pada aksesori seperti skaf sutera, item kapas dan lapisan bulu lembut, mencipta interaksi garis dan bentuk yang halus, namun signifikan sebagai satu penghargaan kepada permulaan tahun baharu.
Koleksi Year of the Horse 2026 ini turut menggabungkan pengaruh tradisi dengan reka bentuk moden.
COS mempersembahkan helaian ready to wear dalam tona musim bunga yang lebih vibran serta neutral yang lebih grounded, diinspirasikan oleh keseimbangan elemen semula jadi.
Setiap helaian memaparkan keseimbangan antara fungsi dan gaya, menonjolkan nilai estetika minimalis moden yang sinonim dengan jenama ini.
Antara tumpuan utama termasuk knit bulu dalam rona merah yang lebih kaya, siluet lembut, serta set versatil yang direka untuk penggayaan effortless.
Sesuai untuk suasana perayaan mahupun gaya harian.COS terus membuktikan keupayaannya menggabungkan estetika kontemporari dengan semangat perayaan, menjadikan COS Year of the Horse 2026 sebagai tema yang memberi inspirasi dalam dunia fesyen moden.
BACA: Qhiam Raya 2026 Tampilkan Koleksi Moden Penuh Gaya dan Nilai Kekeluargaan
Koleksi kapsul COS Year of the Horse 2026 akan mula tersedia secara dalam talian dan di butik COS terpilih bermula 23 Januari 2026.
Pelancaran ini dijangka menjadi tumpuan penggemar fesyen yang menghargai kehalusan rekaan dan simbolik budaya dalam setiap helaian.
COS sebelum ini dikenali sebagai jenama yang menampilkan essential wardrobe pieces dengan pendekatan rekaan yang mengutamakan kualiti, fungsi dan gaya merentas sempadan masa.
Koleksi edisi khas COS Year of the Horse 2026 sekali lagi memperlihatkan bagaimana COS mengekalkan identiti minimalis moden, sambil menyuntik elemen budaya dan simbolik dalam fesyen kontemporari.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.