Ads

Covid-19: Makanan Bungkus Selamat Dibawa Pulang Ke Rumah – PHM!

Foto: Pixabay

Ada antara kita yang ragu-ragu untuk membeli makanan bungkus dari luar sejak tercetus jangkitan wabak Covid-19 ini kerana bimbang ia boleh membawa kepada jangkitan virus Covid-19.

Malah mungkin juga anda tertanya-tanya, adakah makanan yang dibeli secara bungkus itu selamat untuk dimakan.

Tidak dinafikan, masak sendiri di rumah adalah lebih terjamin kebersihan, kelazatan dan keselamatannya.

Namun, ada sebahagiannya yang perlu bekerja di luar dan tidak mempunyai pilihan lain, selain membeli makanan bungkus dari luar.

Menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di laman Facebooknya, makanan bungkus selamat untuk dibawa pulang ke rumah dengan syarat anda melakukan langkah-langkah pencegahan yang standard.

Ads

Jadi untuk menghilangkan keraguan anda tentang tahap keselamatan makanan bungkus, ikuti perkongsian bermanfaat ini.

Lakukan 3 langkah pencegahan yang standard

Jika anda melakukan langkah-langkah pencegahan yang standard, risiko jangkitan dari bekas makanan yang dibungkus SANGAT RENDAH.

Ads

Ya, makanan bungkus selamat dibawa pulang ke rumah dengan syarat anda melakukan langkah-langkah pencegahan yang standard ini:

1. Basuh tangan, pindahkan makanan ke pinggan
2. Buang bekas makanan, basuh tangan lagi
3. Enjoy makanan anda

Ads

Sumber Prof Joseph Gallen, Harvard T.H Chan School of Public Health

Fakta ini dikongsi PHM bagi mengurangkan kegusaran orang ramai, selain membolehkan mereka terus bekerja dan terus menyumbangkan bakti.

Foto: Pixabay

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
Salah

Mohamed Salah & Liverpool, Sebuah Perpisahan Yang Penuh Legasi

Mohamed Salah menggemparkan dunia bola sepak terutamanya di kalangan penyokong Liverpool selepas mengumumkan musim ini sebagai musim terkahirnya bersama pasukan tersebut.