Cristiano Ronaldo Hadiahkan Mercedes Mewah Sempena Hari Ibu

Share

Siapa tidak kenal dengan Cristiano Ronaldo mungkin selama ini dia tinggal dalam gua. Pemain bola sepak legenda yang telah mencatatkan pelbagai rekod luar biasa sepanjang kariernya kini beraksi bersama pasukan Juventus.

Ronaldo juga merupakan antara pemain dan atlet yang paling kaya di dunia. Namun segala kemewahan yang dimiliki tidak pernah menjadikannya sebagai seorang yang lupa daratan.

Terkenal dengan kemurahan hatinya serta keja-kerja amal yang dilakukan, Ronaldo juga sangat rapat dengan ahli keluarganya terutama ibu tersayang.

Jadi tidak hairanlah sempena Hari Ibu Portugis dia bersama adik-beradiknya telah menyediakan kejutan yang cukuphebat buat ibu mereka tersayang. Ronaldo dan adik-beradiknya telah menghadiahkan sebuah kereta Mercedes mewah terbaru.

Perkara ini dikongsi oleh ibunya, Maria Dolores menerusi Instagram kendaliannya dengan penuh kegembiraan.

“Terima kasih kepada anak-anak tersayang di atas hadiah hebat yang saya terima hari ini. Selamat Hari Ibu!”

Menerusi foto tersebut Maria kelihatan tersenyum lebar sambil memegang sejambak bunga bersama kenderaan mewah barinya yang diikat dengan riben merah gergasi.

Ronaldo mempunyai tiga orang adik-beradik iaitu seorang abang bernama Hugo dan dua orang kak iaitu Katia dan Elma.

Bintang bola sepak global tersebut juga membuat ucapan secara terbuka kepada ibunya namun menyatakan dia mungkin tidak meraikan Hari Ibu pada Isnin hadapan kerana masih melakukan kuarantin di Portugal di mana penjarakan sosial akan bermula pada 4 Mei.

Dia kini berada di tempat asalnya, Madeira bersama teman wanitanya Gerogina Rodrigues dan anak-anaknya. Sepanjang tempoh kuarantin Ronaldo telah memastikan keluarganya berada dalam keadaan selamat dan sering berkongsi aktiviti mereka di Instagram.

Semoga ini menjadi satu inspirasi buat kita semua untuk selalu menghargai ibu tercinta.

IKLAN