
Cameron Ultra-Trail 2026 (CULTRA) kembali menguji ketahanan pelari dari Malaysia dan luar negara apabila menghimpunkan ribuan peserta di Cameron Highlands dari 17 hingga 19 Julai 2026.
Memasuki edisi ulang tahun ke-10, acara ultra-trail yang dianggap antara perlumbaan denai paling mencabar di Asia Tenggara itu sekali lagi mendapat sokongan ASICS Malaysia sebagai penaja utama untuk tahun kedua berturut-turut.
Kerjasama berterusan ini mencerminkan komitmen jenama berkenaan dalam menyokong perkembangan komuniti larian denai di Malaysia serta menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati manfaat gaya hidup aktif.
Berlatarbelakangkan keindahan Cameron Highlands, peserta perlu mengharungi laluan berbukit, pendakian curam, penurunan teknikal serta perubahan cuaca yang mencabar, sekali gus menguji bukan sahaja kecergasan fizikal, malah ketahanan mental dan kebijaksanaan membuat keputusan sepanjang perlumbaan.
Menurut Pengurus Negara ASICS Malaysia, Boon Tib, larian denai menawarkan pengalaman yang jauh berbeza berbanding larian jalan raya kerana ia bukan sekadar perlumbaan mengejar masa.
“Larian denai bukan sekadar tentang mencapai garisan penamat. Ia memupuk sifat kegigihan, kerendahan hati dan keyakinan diri, di samping membolehkan individu menjalin semula hubungan dengan alam semula jadi serta diri mereka sendiri.
“Kerjasama berterusan kami dengan CULTRA mencerminkan komitmen kami untuk menyokong atlet pada setiap peringkat serta membantu lebih ramai rakyat Malaysia merasai kuasa transformasi pergerakan menerusi sukan ini.”
Beliau berkata, kerjasama berterusan bersama CULTRA membuktikan komitmen ASICS dalam menyokong atlet pada setiap peringkat, sama ada pelari elit mahupun mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia larian denai.
Sepanjang hujung minggu perlumbaan, CULTRA bukan sahaja menjadi medan persaingan atlet profesional, malah turut menghimpunkan pelari rekreasi, sukarelawan serta komuniti pencinta aktiviti luar dalam suasana yang meraikan semangat kesukanan dan pengembaraan.
Acara tahun ini turut menyaksikan beberapa atlet tajaan ASICS menaiki podium dalam pelbagai kategori utama.
Antara pencapaian membanggakan ialah:
Menurut ASICS, kejayaan atlet-atlet ini membuktikan dedikasi mereka dalam menghadapi cabaran laluan denai, selain menyerlahkan komitmen jenama itu dalam membantu pelari mencapai prestasi terbaik di pelbagai jarak perlumbaan.
Selain aksi perlumbaan, ASICS turut menggunakan pentas CULTRA 2026 untuk memperkenalkan dua model kasut trail running terbaharu yang bakal memasuki pasaran Malaysia bermula 1 Ogos 2026.
Model pertama ialah METAFUJI™ TRAIL 2, kasut trail premium yang dibangunkan untuk pelari kompetitif yang mahukan kelajuan, tujahan lebih baik serta keyakinan ketika mengharungi laluan teknikal. Kasut ini dijual pada harga RM999.
Turut diperkenalkan ialah BLAZEBLAST™, siri trail baharu yang direka untuk menjadikan larian denai lebih mudah diakses oleh lebih ramai pelari.
Dengan gabungan kusyen responsif, rekaan ringan dan konsep road-to-trail, model ini sesuai untuk mereka yang ingin beralih daripada larian jalan raya kepada laluan denai. Ia ditawarkan pada harga RM599.
Pelancaran kedua-dua model tersebut memberi peluang kepada peserta dan wakil media melihat lebih awal inovasi terkini ASICS sebelum ia dijual secara rasmi di pasaran.
BACA: 5 Sebab Pelari Biasa Mula Beralih Kepada Trail Running
Menurut ASICS, CULTRA bukan sekadar pertandingan mencari juara, malah memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan ekosistem larian denai negara dengan menghimpunkan atlet, komuniti larian, sukarelawan dan pencinta aktiviti luar di bawah satu platform.
Sempena ulang tahun ke-10 penganjurannya, CULTRA 2026 sekali lagi membuktikan dirinya sebagai antara acara ultra-trail paling berprestij di Malaysia.
Dengan sokongan berterusan daripada ASICS serta penyertaan atlet pelbagai negara, kejohanan ini terus mengangkat standard larian denai tempatan ke tahap lebih tinggi.
Pada masa sama, kejayaan atlet-atlet tajaan ASICS serta pelancaran inovasi baharu dalam dunia trail running memperlihatkan komitmen jenama itu untuk terus memperkasakan komuniti pelari, daripada mereka yang mengejar podium hinggalah individu yang baru memulakan langkah pertama di laluan denai.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.