Ramai orang di luar sana tak kira wanita atau lelaki mengalami masalah rambut gugur. Asal sikat je gugur. Penuh rambut anda di lantai bilik atau rumah. Rambut yang melekat dekat sikat jangan cakaplah, bila ditarik keluar, boleh buat bola! Sebenarnya ada banyak kaedah atau rawatan di luar sana untuk mereka yang mengalami masalah rambut gugur, namun ini antara yang anda boleh gunapakai tanpa perlu mengeluarkan duit. Hanya disiplin!
JANGAN SELALU SIKAT RAMBUT
Ini merupakan antara punca rambut anda sering gugur. Anda kerap sikat rambut anda. Jika rambut anda jenis lebat, apa kata kalau sisihkan dengan jari saja sebelum pergi kerja. Letakkan minyak sedikit agar tidak terlalu kering dan serabai. Kalau malas fikir, potong pendek sehingga anda tidak perlu menyikat rambut anda setiap hari.
JANGAN KERAP WARNA RAMBUT
Ads
Menjadi trend hari ini, ramai lelaki dan wanita gemar mewarnakan rambut. Tahap mereka obses dengan warnakan rambut sampai seseorang itu sanggup lunturkan warna rambut asal dan masukkan warna pelik-pelik. Ini akan mengundang kepada rambut gugur. Rambut akan menjadi tidak sihat jika anda sering warnakan kerana pewarna tersebut mempunyai bahan kimia yang kuat. Jadi elakkan dari mewarna rambut ye.
BERHENTI MENGGUNAKAN PENGERING RAMBUT
Ads
Kepada anda yang memiliki rambut lebat pasti anda gemar menggunakan pengering rambut untuk mengeringka rambut anda yang basah tu kan? Fakta bahawa selepas rambut terkena dengan haba, ia akan menjadi lurus dan tersusun rapi, namun jika haba sering diacukan ke kulit kepala anda, ia akan mengalami gangguan keradangan, dan potensi untuk rambut anda gugur itu lebih tinggi, jadi gunakan angin semula jadi saja untuk keringkan rambut ye.
GUNAKAN SIKAT BERGIGI JARANG
Ads
Lelaki memang gemar menggunakan sikat bergigi rapat kerana menurut mereka, rambut akan tersikat rapi dan terletak pada kepala. Namun, jika anda seorang yang mengalami rambut gugur apa kata kalau anda gunakan sikat bergigi jarang. Ini kerana rambut anda pasti akan bersimpul kerana lebat, sikat bergigi rapat akan membuang rambut simpul itu, Jadi potensi untuk anda kehilangan rambut dengan lebih banyak sangat tinggi, jadi elak dengan menggunakan sikat gigi jarang.
Bahan semulajadi ni bagus untuk anda sebenarnya, selain daripada penjagaan rambut secara semulajadi, apa kata kalau anda gunakan shampoo yang dirumuskan dari bahan-bahan semulajadi. Dr Buds Organic mampu untuk merawat rambut gugur. Ia di datangkan dengan 3 produk dalam 1 set iaitu Shampoo dimana ia bertindak untuk menguatkan akar rambut dan melebatkan rambut anda dengan beberapa ramuan antaranya Organic Aloe Vera Extract yang sememangnya bagus. Soothing Conditioner yang akan hidratkan rambut dan menjadikan rambut anda lebih sihat. Soothing Scalp Serum yang bertindak sebagai pelindung yang membantu anda dari terus terdedah dengan haba tak kira dimana saja anda berada. Harganya pun berbaloi!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Rumahtangga mana yang tak dilanda ombak? Tapi pelik juga kalau asyik bergaduh. Para suami akan merasa pelik jika si isteri marah-marah tak kena tempat. Ada beberapa faktor mengapa mereka sering melenting, tambahan bila ketika anda berada di rumah.
Suami abaikan isteri
Bukan semua lelaki curang, mungkin ada antara anda seorang Gamer, Ulat Buku atau Kaki Joran. Ini akan mengakibatkan pasangan anda rasa terabai. Sesekali jadi telinga mereka, dengar luahan hati mereka. Berbualan atas katil sangat membantu.
Suami Terlalu Sibuk
Ini juga antara perkara yang menyebabkan isteri melenting. Tambahan apabila isteri anda seorang Suri Rumah. Sudahlah dari pagi sampai petang dia ditinggalkan bersama anak-anak, hujung minggu anda juga hilang entah kemana. Jika program anda tidak dapat dielakkan, berusahalah untuk membawa keluarga anda bersama. Dah kahwin ni, banyak perkara kena tolak tepi. Kalau rasa tak boleh bawak famili, cancel program tersebut.
Kebebasan Isteri disekat
Kami faham tujuan anda menyekat kebebasan isteri, namun rajinkah anda melayan emosi mereka? Jika anda seorang yang sibuk, izinkan isteri anda beriadah. Contohnya, lepaskan mereka keluar ke taman bersama anak-anak anda, boleh dia berkenalan dengan ramai orang. Sekurang-kurangnya dia punya topik berbualan dengan anda pada waktu malam. Jika anda takut sangat isteri anda jadi ‘mak cik bawang’, bawak dia ke ceramah-ceramah agama berdekatan. Isi dada mereka dengan ilmu agama, barulah kurang marah-marah.
Anak terlalu ramai
Kerana itu dinasihatkan agar anda rancang keluarga anda. Anak anda ramai, anda pula sibuk bekerja, ini akan menambahkan lagi stress isteri anda. Dikemudian hari, anda juga akan bosan dengan isteri anda kerana mereka tidak betah melayan anda seperti dulu.
5) Isteri anda juga berkerjaya
Ekonomi hari ini bukanlah semudah yang disangka, kadang-kadang suami isteri harus berganding tenaga untuk menyara keluarga. Jika tanggungjawab anda mencari nafkah buat isteri dan anak-anak, tugas isteri anda pula memastikan makan dan pakai suami dan anak-anak terjaga. Kerja anda mungkin sudah tamat pada jam 5.30 petang, sebaliknya buat para isteri. Ringankan beban mereka dengan membantu mereka di dapur, menyediakan makan malam. Ataupun sekali-sekala ajak dinner di luar. Barulah isteri anda tak mengamuk tiap-tiap hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sekarang sudah tidak asa perbezaan kelas dalam dunia fesyen. Jika dahulu festen streetwear hanya dianggap eksklusif untuk sesetengah generasi atau cabang sub budaya.
Kini dengan semakin ramai yang terjerumus dalam dunia trendy ‘hypebeast’, jenama streetwear menjadi buruan ramai.
Selepas melakukan teaser pengenalan beberapa bulan lepas BAPE dan Coach akhirnya memperkenalkan koleksi penuh kolaborasi mereka kepada umum.
Koleksi eksklusif ini terdiri daripada pelbagai seleksi barangan kulit, pakaian ready-to-wear, footwear dan semestinya beg. Hasil pertembungan kolaborasi dua gergasi ini mendapat inspirasinya daripada dua kota asal jenamanya iaitu New York City dan Tokyo.
Koleksi BAPE x Coach meraikan sentuhan berbeza untuk kedua-dua jenama. Sebagai contoh beg kulit yang mempunyai logo biasa Coach diselitkan dengan logo BAPE Ape Head. Selain itu, signature pattern camouflage turut menghiasi koleksi selua khaki dan jaket sejuk.
Paling menarik perhatian menerusi koleksi ini ialahjaket puffa yang dihasilkan dengan menggunakan kulit, beg galas menggunakan Coach Academy dan rekaan BAPESTA sekali gus menandakan ulangtahun ke-20 silhoutte tersebut.
Koleksi ini bakal dikeluarkan dalam kuantiti terhad di laman sesawang Coach, BAPE dan juga putlet terpilih kedua-dua jenama. Manakala di Malaysia pula ia hanya boleh didapati di Coach Pavilion Elite pada 22 Februari 2020 pada jam 9 pagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai yang beranggapan bahawa lelaki tidak memerlukan alat solek atau panduan kecantikan dalam penjagaan tubuh badan. Lelaki juga seperti wanita, kaum Adam ini harus memberi layanan istimewa kepada tubuh badan mereka kerana ia merupakan aset penting dalam kehidupan harian. Banyak produk baharu yang sesuai untuk mereka yang ingin menjaga kecantikan namun tidak berkesempatan kerana faktor masa. Paling utama, lelaki harus menumpukan perhatian pada cara pencukuran. Lelaki harus pakar dalam soal ini kerana untuk tampil menarik, seorang lelaki harus bijak menggunakan pisau cukur dengan baik. Jambang, misai dan kumis mencerminkan keperibadian seorang lelaki. Ini menurut perspektif wanita. Berikut merupakan tip untuk anda mencukur dengan baik.
Bersihkan wajah
Kekangan masa menyebabkan anda kurang meneliti setiap langkah untuk mencukur. Ada antara anda terus sapu krim ke muka. Seperti wanita, permukaan muka lelaki juga harus dijaga. Jika anda terlalu malas untuk membasuh muka dengan pencuci muka, anda hanya perlu basuh muka anda dengan air suam saja. Kulit muka anda lebih bersedia untuk menerima perubahan jika anda tidak terburu-buru dalam mencukur. Dalam pada masa yang sama, pembersih muka dan air suam boleh menghindari wajah anda dari kusam dan rosak. Jadi, jangan ambil mudah dengan bahagian muka ini.
Cara mencukur
Mulakan mencukur dari bahagian rahang, leher dan pipi. Bahagian ini menjadi keutamaan atas beberapa sebab. Salah satunya ia dapat mengelakan kulit anda dari terluka. Tidak seperti wanita, mereka boleh menutup bahagian terluka selepas mencukur kerana mereka biasanya mencukur di bahagian kaki. Wajah yang penuh dengan luka dan berparut, tidak akan membolehkan wanita mendekati anda. Jadi harus diambil perhatian lebih. Kumis dan janggut perlu mendapat perhatian khusus kerana anda mungkin ingin mengikut pola dan gaya yang ada inginkan. Cukur searah dengan tumbuhnya anak rambut. Tarik pisau cukur dengan jalur searah supaya kulit anda tidak luka. Hati-hati dalam mencukur.
Pilih pisau cukur yang bagus
Pencukur elektrik mudah digunakan dan menjimatkan masa, dan memerlukan kurang penyediaan daripada pencukur tradisional, dan sedikit lebih lembut bagi kulit sensitif. Walau bagaimanapun, untuk beberapa jenis rambut, alat cukur elektrik cenderung untuk meninggalkan keputusan yang tidak rata atau sisa pada wajah. Kerana itu, pisau cukur tradisional berfungsi dengan baik pada semua jenis kulit dan untuk semua jenis rambut.
Kepada anda yang mengalami masalah berterusan apabila bercukur, boleh menggunakan pisau cukur yang direka khas, biasanya dipasarkan untuk lelaki yang mempunyai rambut kasar. Kuncinya adalah pisau cukur tidak boleh dipotong terlalu dekat, jadi rambut tidak tumbuh ke dalam kulit. Penggunaan cecair pra-dicukur atau serbuk khas, dan penjagaan selepas mencukur pada pencukur juga boleh membantu. Jika anda mempunyai jerawat dan perlu mencukur kawasan tersebut, cuba gunakan pencukur elektrik dan pisau cukur yang mempunyai peranti keselamatan yang terletak pada pinggir bilah untuk menentukan keselesaan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.