Gaya Hidup

Daripada 5 Peringkat Jangkitan COVID-19, Peringkat 4 Boleh Sebabkan Kesihatan Cepat Merosot!

Share

Kita sedia maklum, jangkitan COVID-19 ini merupakan virus yang sangat menakutkan di seluruh dunia kerana ia boleh meragut nyawa manusia.

Disebabkan itulah, Malaysia telah melancarkan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac yang bersambung sehingga 14 April bertujuan untuk menghentikan penularan wabak ini.

Bagi membendung penularan wabak COVID-19, seharusnya kita memahami peringkat-peringkat jangkitan agar kita dapat mengelakkan jangkitan ini menjadi semakin serius.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang akhbar, kebanyakan kematian berkaitan wabak COVID-19 di negara ini terjadi berikutan lewat menerima rawatan.

Ujar beliau, terdapat lima peringkat jangkitan COVID-19 tetapi kebanyakan mereka datang ke hospital ketika mereka sudah berada di peringkat ketiga.

Peringkat pertama

Apabila seseorang itu asimptomatik (tidak menunjukkan gejala) tetapi positif.

Peringkat kedua

Positif dengan gejala ringan.

Peringkat ketiga

Apabila pesakit mempunyai masalah pneumonia tetapi tidak memerlukan bantuan oksigen.

Peringkat keempat

Pesakit memerlukan terapi oksigen.

Peringkat kelima

Apabila pesakit tidak boleh bernafas dengan baik dan kita perlu intubat (memasukkan tiub) dan menggunakan ventilator.

Jelas Dr Noor Hisham lagi, kesihatan kebanyakan pesakit pada peringkat keempat akan cepat merosot dan mereka mudah berada di peringkat kelima.

IKLAN