Gaya Hidup

Derita Taaksub Nak Berwajah Kacak, Akhirnya Muka Mereput

Share

Malang selalu tidak berbau tapi apa yang dilakukan oleh seorang lelaki boleh dikatakan satu perbuatan yang sia-sia. Seorang lelaki di Kolombia merana pipinya mereput selepas melakukan pembedahan pipi yang dijalankan oleh seorang doktor palsu.

Jerson Trujillo, 28, membuat pembedahan itu untuk kelihatan seperti wanita – namun pembedahan itu nampaknya tidak berjaya.

Sebaliknya, dia merana apabila pembedahan itu menyebabkan mukanya cacat. Bukan sahaja tidak kelihatan ayu seperti wanita, malah pipi dibelah kirinya kini mereput dan menggelembung.

Difahamkan, gelembung itu hasil dari sel imunnya yang berkumpul untuk cuba menghalang dari bahan asing di dalam badan yang tidak dapat dihapuskan. Lelaki dari Neiva itu telah melalui empat pembedahan susulan bagi membaiki kerosakan yang dibuat oleh doktor palsu itu.

“Naif. Saya tidak tahu apa yang mereka masukkan dalam pipi saya. Muka saya rosak, mereput dan keluar nanah,” katanya yang memaklumkan mukanya menjadi panas dan merah selepas disuntik oleh doktor palsu itu, kira-kira empat tahun lalu.

Dia hanya mendapati mukanya bermasalah apabila menjalani rawatan melembabkan muka, seminggu selepas pembedahan itu dijalankan.

Dan lebih malang, Doktor palsu itu kini melarikan diri.

IKLAN