Siapa sangka seorang guru silat, Che Soh Che Ahmad, 72, yang menetap di Kampung Babong, Sering, Kedai Lalat, Kota Bharu memiliki cerita yang unik tentang perkahwinan.

Mana tidaknya, dia yang digelar ‘Abe Soh Bini Ramai’ mula berkahwin sejak usia 15 tahun dan isteri terakhir yang dinikahinya adalah pada usia 55 tahun.

Kahwin 19 kali

Sepanjang tempoh itu, Abe Soh Bini Ramai memiliki 19 orang isteri serta bekas isteri dan bilangan anak-anak pula adalah seramai 46 orang.

Daripada bilangan anak-anak yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 50-an itu, Che Soh secara keseluruhannya memiliki 200 orang cucu.

Paling singkat kahwin 2 minggu

Dalam satu temubual, Che Soh mendedahkan perkahwinan paling singkat yang dijalaninya adalah mampu bertahan dalam masa dua minggu sahaja.

IKLAN

“Ketika itu, saya berusia 55 tahun dan isteri 16 tahun. Apa-apa pun, ia cerita 17 tahun lalu dan itu adalah perkahwinan terakhir saya,” dedah Che Soh.

Tegas tetapi penyanyang dan lucu

Ketika ditanya tentang rahsia memikat wanita muda, Che Soh beranggapan mungkin kerana sikap peribadinya antara yang menjadi tarikan.

“Saya tegas, tetapi saya seseorang yang penyanyang dan juga lucu. Semua isteri yang dinikahi itu adalah sewaktu mereka berusia belasan tahun,” katanya.

IKLAN

Anak-anak rapat biar pun berbeza ibu

Bercakap tentang anak-anak yang ramai, Che Soh memberitahu kesemua anak-anaknya rapat antara satu sama lain meski pun berbeza ibu kandung.

“Isteri-isteri saya juga pernah tinggal sebumbung selama  tahun sebelum masing-masing keluar untuk tinggal di rumah sendiri.

IKLAN

“Biar pun digelar ‘Abe Soh Bini Ramai’, saya tidak menyesal dengan perjalanan hidup yang unik ini. Saya tak marah kerana ia perkara benar yang tak perlu disembunyikan,” kongsinya kepada wartawan.

Anak halang kahwin lagi, minta fokus beribadah

Namun begitu, ketika ditanya adakah Che Soh akan berkahwin lagi, guru silat berusia 72 tahun itu memberitahu anaknya menasihati untuk berhenti cari isteri lagi.

Ujar Che Soh, suami harus berlaku adil kepada semua isterinya dan menerusi amalan itu, hubungan mereka rapat seperti adik-beradik dan setiap kali Aidilfitri, kediamannya cukup meriah apabila semua orang berkumpul dalam satu masa.

Sumber : Berita Harian