Dua hari lepas, media tempatan melaporkan Keluarga Ainul Mardhiah Ahmad Saifuddin terpaksa membatalkan rancangan pulang ke tanah air berikutan bayi perempuan mereka yang berusia 10 bulan tidak sihat.

Dia menghidap ‘Germ Cell Tumour’ yang mana tumor tersebut membesar di dalam mulut bayi berkenaan seberat 200 Gram. Walaubagaimanapun, ia berjaya dikeluarkan oleh sepasukan pakar yang diketuai oleh Profesor David Dunaway melalui proses pembedahan yang berjalan selama 5 jam.

Kisah adik Ainul Mardhiah mendapat liputan yang luas di seluruh negara hingga mendapat perhatian Dr. Amalina Che Bakri yang bertugas di salah sebuah hospital di London.

IKLAN

Rentetan peristiwa tersebut, pada hari ini bapa kepada adik Ainul Mardhiah iaitu Ahmad Safiuddin Ahmad Razak berkongsi di Facebooknya bagaimana segala keajaiban ini bermula.

IKLAN

BACA: 2 Tahun Kumpul RM16.50, Bapa Akhirnya Mampu Belikan Anak Baju Baharu!

IKLAN

Ikuti catatannya di bawah ini:

Dahulu, saya pernah tercicir duit berniaga sebanyak RM5000. Waktu itu, Allah sahaja lah yang tahu betapa runsingnya hati.
.
Ketika itu, duit itu sangat bermakna. Duit berniaga itu adalah duit modal. Kalau duit untung, saya tidak risau.
.
Dalam keadaan yang sangat memerlukan wang dan keadaan ainul yang semakin membimbangkan, saya masih tidak mahu memviralkan kesusahan saya. Apatah lagi buka tabung derma khas buat ainul.
.
Saya cakap dengan diri, aku masih ada kaki ada tenaga, duit boleh cari dan jangan susahkan sesiapa.
.
Ada juga sahabat-sahabat di facebook yang mahu hulurkan bantuan, tapi saya tidak terima. Saya beritahu mereka supaya doakan sahaja.
.
Pada waktu tersebut, saya hanya menganggap duit itu bukan rezeki saya. Mungkin itu adalah rezeki orang yang jumpa. Mungkin orang yang jumpa duit itu setiap malam bangun tahajud dan minta kemudahan dari Tuhan.
.
Saya lapang dada dan saya niat sedekahkan duit itu untuk ainul mardhiah. Saya yakin, Allah akan gantikan duit yang hilang itu dengan sesuatu yang tidak pernah sangka.
.
Alhamdulillah, 8 bulan bersama isteri dan keluarga menjaga ainul. Susah senang bersama, letih dan penat itu tidak perlu cerita, hospital adalah rumah kedua kami.
.
Jika nak diikutkan, saya boleh sahaja viralkan ainul pada waktu itu untuk dapatkan sumbangan orang ramai. Tapi saya tidak buat dan tak mahu buat.
.
Saya cuma minta Allah swt permudahkan urusan saya dan isteri dalam mencari rawatan terbaik buat ainul dan cukupkan rezeki kami sekeluarga. Itu sahaja. Tidak pernah doa dengan Tuhan supaya kami dipandang oleh masyarakat, viral, apatah lagi doa untuk bawa ainul ke london.
.
Ianya berlaku sekelip mata. Kisah ainul viral bukan berpunca dari saya atau isteri. Tapi berpunca dari keluarga saya yang prihatin dan mahu membantu kami.
.
Ya, sekelip mata Allah tunjukkan kebesarannya.
.
Allah bukakan jalan. Allah gerakkan hati manusia yang kami tidak pernah kenal. Allah gerakkan hati manusia untuk membantu kami.
.
Segalanya menjadi mudah.
.
Ya, sangat-sangat mudah sehingga lah diberi peluang untuk bawa ainul ke london untuk mendapatkan rawatan.

BACA: Cabaran Mencari Rezeki, Ini 10 Pekerjaan Lelaki Yang Paling Bahaya Di Dunia
.
Alhamdulillah, walaupun perjalanan ainul masih jauh, untuk waktu dan ketika ini, ainul telah berjaya dipisahkan dengan ketumbuhan yang telah menganggu tubuh badannya sejak usia tiga bulan. Dan harapan kami suami isteri kepada Tuhan adalah agar ketumbuhan itu tidak menganggu hidup anak kami lagi sampai bila-bila. InshaAllah. Dengan izinNya.
.
Jadi, point di dalam post ini adalah, saya dan isteri tidak pernah meminta untuk dipandang sebaliknya Allah swt lah yang menggerakkan hati kalian semua yang baik hati untuk memandang kami dengan penuh kasih sayang.
.
Tiada daya kami untuk membalas semuanya melainkan hanya lah doa yang baik baik ke atas kalian dan keluarga.
.
Akhir sekali, saya dan isteri mahu mohon maaf jika keputusan kami membawa ainul ke london telah mengguris hati kalian. Sebagai ibu bapa kepada ainul, kami hanya mahu buat yang terbaik buat puteri sulung kami ini.
.
Allah boleh pilih sesiapa sahaja untuk DIA uji, Allah boleh memberikan kesusahan dan DIA juga boleh memberi kemudahan pada bila bila masa yang DIA mahukan.
.
Tidak tercepat atau terlambat, ianya akan datang tepat pada waktunya.
.
Jika tidak kami, mungkin kalian adalah orang yang Allah pilih untuk diuji.
.
Walaubagaimana pun, di dalam post ini tidak lah bermaksud kami adalah orang yang paling hebat di uji. Tidak.
.
Tiada istilah siapa lebih hebat di uji, yang ada hanya lah Allah akan uji mengikut kadar kemampuan hamba-hambaNya.
.
Semoga kalian semua sentiasa dalam rahmatNya. Amin!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI