Hobi & Minat

Elak Dikejar Anjing JALANAN, Alat Ini Boleh Bantu Halau Haiwan Liar!

Share

Setiap hari kita berdepan dengan risiko bertembung dengan anjing liar atau anjing jalanan apabila berjalan atau berjogging. Sesetengah anjing ini adakalanya sukar nak dijangka kelakuannya dan boleh menjadi agresif dan tidak mesra.

Tidak dinafikan, ramai yang takut dengan anjing lebih-lebih lagi umat Islam kerana kita tidak dibiasakan dengan haiwan peliharaan tersebut. Malah, ia juga boleh mendatangkan ancaman bahaya kepada manusia.

Jadi, bagaimana anda mahu mengelakkan diri dari diserang atau digigit anjing ini

Satu perkongsian yang telah dibuat oleh pengguna TikTok ini boleh dijadikan panduan, mengenai alat yang boleh digunakan untuk menghalau anjing.

@shiqbiis senang aku nk jogging nnti🤣 #foodpanda #dog #fyp #shopee #anjing #malaysia #grabfood #jerungmerah ♬ original sound – roblox gamer

Dikenali sebagai Shameer Iqmal, video yang dimuat naik empat hari lepas telah mendapat lebih daripada 1 juta tontonan. Alat ini akan mengeluarkan bunyi ultrasonic yang hanya boleh didengar oleh haiwan. Katanya, ada yang jadi dan ada juga anjing yang buat ‘relax

’ sahaja. Hiks! Tapi apa-apa pun ikhtiar sahaja la kan.

Dalam video tersebut, Shameer juga berkongsi situasi dimana dia menggunakan alatan tersebut terhadap haiwan-haiwan itu dan nyata, memang anjing tersebut beredar daripadanya.

Alat ini boleh dibeli di Shopee dengan harga serendah RM18.

Foto: Erik Hassan

Wah, kalau macam ni bolehlah beli satu kan. Lepas ni kalau nak berjogging rasa selamatlah sikit. Hiks!

Sumber: (1), (2)

Artikel ini diambil dan diolah dari REMAJA.

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah ya!

IKLAN