Elak Mati Pucuk? Minumlah Kopi Tapi Hati-Hati Jangan Terlebih Pula

Share

Perlu justifikasi terhadap tabiat minum kopi anda? Kini anda ada alasan yang kukuh: 2 cawan kopi sehari boleh mencegah mati pucuk!

Satu kajian oleh University of Texas mendapati bahawa lelaki yang minum dua cawan kopi setiap hari mempunyai 42% kurang kemungkinan mengalami disfungsi ereksi berbanding bukan peminum kopi.

Lebih menarik, para pengkaji turut menganalisis 4000 lelaki yang mengambil minuman berkafein seperti teh, kopi, air berkarbonat dan minuman tenaga; dan keputusannya tetap sama ke atas semua lelaki tidak kira umur, berat badan dan tekanan darah.

Para saintis berpendapat bahawa kafein merangsang tindak balas kimia yang meningkatkan pengaliran darah ke penis dengan merelakskan otot.

Tapi jangan berlebihan pula, sebab hasil kajian turut menunjukkan bahawa minum tiga cawan kopi sehari menurunkan kesan baik tersebut kepada 39%. Satu lagi peringatan, tindak balas kafein ini tidak berkesan ke atas penghidap diabetes, tetapi berkesan terhadap lelaki yang obes, berlebihan berat badan dan hipertensi.

IKLAN