Apa Punca Di Sebalik Risiko Ini?
Walaupun setiap kes berbeza, pakar menyenaraikan beberapa faktor utama yang menyumbang:
1. Penggunaan Steroid Anabolik
Banyak atlet bina badan menggunakan steroid atau hormon sintetik (seperti testosteron, HGH) untuk bantu pembesaran otot dengan cepat.
Steroid ini boleh:
-
Tingkatkan tekanan darah
-
Tebalkan dinding jantung (left ventricular hypertrophy)
-
Gugat irama jantung
Akhirnya? Serangan jantung secara mengejut, walaupun masih muda.
2. Beban Latihan Melampau
Bina badan profesional kadang-kadang push badan melepasi tahap semula jadi, tanpa rehat cukup. Akibatnya:
-
Sistem kardiovaskular terbeban
-
Kurang masa untuk ‘recovery’ otot dan jantung
-
Risiko overtraining syndrome
3. Penggunaan Suplemen Tak Terkawal
Banyak produk pasaran menjanjikan hasil pantas: pre-workout berlebihan kafein, ‘fat burner’, testosteron booster – semua ni boleh ganggu fungsi jantung dan hormon. Malangnya, tak semua suplemen diluluskan KKM atau diuji secara klinikal.
4. Kesan Jangka Panjang Tak Diperiksa
Ramai atlet abaikan pemeriksaan kesihatan berkala, hanya fokus pada ‘badan nampak cantik’. Padahal dalaman makin terjejas tanpa sedar.
Kajian Menarik:
Satu kajian dari European Society of Cardiology (ESC) melaporkan bahawa atlet yang mengamalkan steroid anabolik secara kerap berisiko 2 hingga 6 kali ganda lebih tinggi untuk alami komplikasi jantung berbanding atlet biasa.
Apa Lelaki Maskulin Patut Buat?
-
Fokus kepada kekuatan & kesihatan dalaman, bukan sekadar fizikal luar.
-
Elakkan penggunaan steroid, ubat, atau suplemen tanpa nasihat doktor.
-
Ambil masa cukup untuk rehat dan pemulihan badan.
-
Jangan abaikan medical check-up – periksa tekanan darah, ECG, dan tahap hormon.
-
Angkat berat ikut kemampuan badan sebenar, bukan ikut ego.

