Elakkan Makanan-Makanan Ini Jika Anda Mangsa Chickenpox

Share

 

  • Makanan Lemak

Makanan yang tinggi lemak tepu harus dielakkan apabila mengalami cacar air. Ia termasuklah daging, santan, mentega, coklat gelap, minyak ikan, kacang dan keju. Makanan yang tinggi lemak tepu boleh menyebabkan keradangan, menjadikan ruam lebih teruk dan melambatkan proses untuk sembuh menurut buku “What to Eat for What Ails You”. Pesakit cacar air biasanya akan makan makanan sejuk seperti ais krim, yogurt sejuk kerana ia mudah dimakan dan melegakan tekak.

 

 

  • Makanan pedas

 

Cacar kadang-kadang boleh hinggap ke dalam mulut anda. Jika mengalami keadaan sedemikian, berhati-hati dengan apa yang anda makan. Khususnya, makanan pedas perlu dielakkan untuk mencegah keradangan pada mulut. Mereka juga menyebabkan ketidakselesaan pada tubuh. Termasuk sup pedas, mereka yang mempunyai lada dan perasa pedas, mesti dielakkan.

 

 

  • Makanan masin

 

Seperti makanan pedas, makanan masin juga boleh buat gaduh jika cacar berada di mulut.  Elakkan makanan masin seperti sup ayam masin dan jus campuran sayur-sayuran. Apabila anda punya keinginan untuk sesuatu yang hangat atau panas, ambil sayur-sayuran rendah dalam sodium daripada ayam atau daging lembu. Mereka mungkin akan mmegurangkan sakit mulut anda.

 

 

  • Makanan kaya Arginine

 

Arginine adalah asid amino separa penting. Tubuh boleh menghasilkan jumlah arginin yang diperlukan, walaupun kadang-kadang makanan tambahan(Supplement) diperlukan.  Seperti yang dijumpai dalam makanan yang mengandungi protein, arginine juga bertindak untuk menghasilkan protein dalam tubuh. Walaupun kajian menunjukkan bahawa arginine dapat memberi manfaat kepada penyakit seperti aterosklerosis, sakit dada dan penyakit jantung, beberapa kajian juga menghubungkan arginin penyebab kematian kepada sesetengah pesakit jantung.

 

Kesan sampingan arginin membawa kepada keadaan seperti cacar air. Bertindak sebagai asid amino, arginin membantu dalam mengeluarkan virus. Virus yang dihasilkan itu menjadikan cacar air merebak lebih cepat dari kebiasaan. Penyembuhan dan pemulihan juga memerlukan lebih banyak masa. Makanan kaya Arginine yang harus dielakkan termasuk kacang tanah, walnut, coklat, kacang pokok, mentega kacang, dan kismis.

 

 

  • Buah-buahan masam

 

Cacar ayam lazimnya mendekati anak-kanak, dan mereka tidak akan menolak jika anda beri mereka jus juah-buahan. Ia bukan sahaja mengandungi sumber nutrien yang hebat, kandungan cecair tinggi juga mengekalkan kanak-kanak terhidrasi. Jus terbaik dari rumah untuk mengurangkan cacar air termasuk jus buah-buahan lembut seperti raspberi, strawberi, dan beri hitam. Jus lemon adalah salah satu jus yang terbaik untuk cacar air tetapi jika sakit mulut, jus lemon tidak boleh dimakan.

 

Makanan yang lembut dan dikisar menjadikan luka pada mulut lebih ketara. Makanan yang tidak terlalu panas, tidak masin atau terlalu masam. Inilah sebabnya mengapa buah-buahan dan jus buah-buahan masam perlu dielakkan kerana kandungan asidnya yang tinggi dapat menimbulkan rasa sakit pada mulut, menyebabkan rasa sakit dan ketidakselesaan. Luka pada mulut juga akan perlahan untuk sembuh. Jus masam termasuklah oren, limau, mandarin, jeruk dan limau bali.

Ubat-ubatan dari doktor untuk melegakan kesakitan dan gatal-gatal tubuh seperti antibiotik, antiviral agents and acetaminophen lebih wajar diambil. Walau bagaimanapun, ingat bahawa pencegahan sentiasa lebih baik daripada mengubati, dan sebelum anda mengalami gatal dan ketidakselesaan yang boleh memberi cacar air, pastikan anda dapatkan vaksin cacar air sebelum terlambat.

 

IKLAN