“Elakkan Pakai Topeng Di Dagu, Pakai Dengan Betul Atau Tanggalkan Sahaja” – Dr Noor Hisham

Share

“Sama ada pakai dengan betul topeng muka atau tanggalkan sahaja.” Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook.

Itulah pesanan Dr Noor Hisham, jika orang ramai ingin makan dan minum atau melakukan apa-apa jua aktiviti yang memerlukan anda menanggalkan topeng muka maka tanggalkan sahaja ia dan janganlah diletakan di dagu.

Bimbang kerana kawasan dagu anda lebih terdedah kepada kuman. Jika anda buka topeng muka dan letakkan ia di dagu, bahagian dalam topeng muka akan tercemar.

Kuman di dagu akan terkumpul di topeng dan akan memasuki menerusi hidung dan mulut.

IKLAN