Mungkin dalam tempoh 10 tahun dahulu ramai pihak tidak pernah membayangkan bahawa sesebuah jenama streetwear mampu berkolaborasi dengan jenama mewah. Kini ia bagaikan trend terbaru yang semakin mekar dalam dunia fesyen lelaki.
Salah seorang pereka fesyen high-end streetwear yang sangat prominen ialah Jerry Lorenzo menerusi labelnya Fear of God. Terbaru, Ermenegildo Zegna mengumumkan kerjasamanya bersama Jerry Lorenzo pada pelancaran Paris Fashion Week baru-baru ini.
Alessandro Sartori
Zegna menerusi Pengarah Arstistik, Alessandro Sartori dan Jerry Lorenzo telah bersama-sama menghasilkan koleksi lelaki eksklusif.
Ads
Rekaan hasil kolaborasi ini menyaksikan hasil yang menyerlahkan identitui kedua-dua jenama – Zegna dengan kepakaran jahitan kemas dan Fear of God sentuhan unik lebih moden.
Ads
Jerry Lorenzo
Kerjasama kreatif kedua jenama turut menghasilkan koleksi pakaian dan aksesori kotemporari buat lelaki muda yang kehidupannya penuh dengan ekspresi fesyen dan juga kebebasan.
Tidak dinafikan di kalangan penggemar fesyen terutamanya sneakers pada masa kini cukup menggemari koleksi kolaborasi. Terutamanya bila melibatkan di antara jenama popular dalam dunia fesyen, sukan dan juga streetwear.
Sebagai jenama sukan global yang cukup berpengaruh dalam industri fesyen gaya hidup, PUMA telah melakukan kolaborasi terbarunya bersama BUTTER GOODS. sebuah label skate yang cukup popular asal Australia.
Selepas mengumumkan kerjasama di antara mereka pada musim panas lalu, kini koleksi eksklusif PUMA X BUTTER GOODS telah diperkenalkan dan dilancarkan di seluruh dunia.
Menariknya koleksi ini tampil dengan tema yang cukup mesra dengan trend terkini iaitu apresiasi elemen vintaj. PUMA X BUTTERGOODS turut membawa elemen kostalgia budaya fesyen popular suatu ketika dahulu dengan populariti pakaian sukan, pasukan tenis vintaj dan juga seleksi pelbagai aksesosori sukan papan selaju.
Koleksi ini juga turut mendakap momen-momen besar dalam dunia sub-budaya di mana industri fesyen streetwear merentasi sempandan sukan, personaliti dan juga keaslian pemakainya. Kempen yang dilancarkan untuk koleksi ini juga menyaksikan nostalgia personaliti seorang skaters.
Dari segi rekaan pula ia banyak dipengaruhi oleh pengalaman pengasas BUTTER GOODS, Garth Msriano dan Matt Evans. Mereka membesar dalam dunia trend skateboard yang mula memuncak yang seiring dengan gaya seluar baggy, pakaian berfabrik lasak dan juga warna-warna yang lebih ‘berani’.
Jadi tidak hairanlah koleksi PUMA x BUTTER GOODS banyak membawa elemen 90-an ketika mereka berdua membesar di Australia.
“Apabila diberikan peluang untuk berkolaborasi bersama PUMA, kami cukup teruja kerana mereka merupakan jenama yang cukup terkenal dan kaya dengan sejarah. Apa yang paling mengujakan buat kami ialah proses mencari dan menemui sentuhan masing-masing disamping memberikan yang terbaik untuk pelanggan,” jelas pengasa BUTTER GOODS.
Di antara yang paling menyerlah di dalam koleksi ini ialah sneakers Slipstream, kasut bola keranjang yang cukup ikonik pada era 80-an yang diberikan sentuhan menarik dari mereka.
Tampil dengan warna seleksi hitam dan putih berserta warna nilon hijau di bahagian formstrip serta label kedua-dua jenama di bahagian lidah, ia lengkap dengan perincian material suede.
Manakala Basket VTG pula hadir dalam dua lagi warna unik iaitu biru dan oren dengan kemasa material korduroi. Perincian menarik daripada material korduroi turut ditampilkan menerusi beberapa seleksi pakaian seperti baju dan seluar.
Koleksi PUMA X BUTTERGOODS kini boleh didapati di oulet terpilih PUMA dan juga laman sesawang rasmi mereka. MY.PUMA.com.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Satu pertubuhan baru telah di maklumkan kepada umum semalam menerusi press conference Pakatan Harapan yang dikendalikan oleh Tun Mahathir sendiri. Rasa macam tengok Harry Potter pulak bila mereka mengumumkan Ahli-ahli Council Of Elders ni. Namun, ramai yang berada di Twiter bertanyakan apakah peranan Majlis Penasihat?
Majlis Penasihat ini ditubuhkan bagi menasihati kerajaan mengenai hal-ehwal ekonomi dan kewangan negara semasa tempoh peralihan mengikut kepakaran masing-masing.
Pasukan ini akan membantu di dalam membentuk polisi dan program untuk mencapai janji 100 hari yang dibuat PH kepada rakyat. Oleh itu, tempoh hayat pasukan ini adalah 100 hari.
Sekretariat pasukan ini akan diketuai oleh pakar ekonomi, Dr Mohammed Abdul Khalid.
Siapa lima tokoh hebat ini?
Dr JOMO
Ahli Ekonomi terkemuka, Prof Dr Jomo berusia 66 tahun, dikenali sebajai Jomo. Antara portfolio yang pernah disandang beliau adalah Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi pembangunan ekonomi. Telah berkhidmat untuk PBB sejak tahun 2010. Jomo sebelum ini lantang menyuarakan mengenai ketidakseimbangan ekonomi di bawah pemerintahan bekas presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.
ROBERT KUOK
Tan Sri Robert Kuok merupakan ahli perniagaan terkenal, berusia 95 tahun. Kepentingan perniagaannya merangkumi daripada penanaman tebu di (Perlis Plantations Bhd), penapisan gula, pengilangan tepung, makanan haiwan, minyak dan perlombongan hingga ke kewangan, hotel-hotel, hartanah, perdagangan dan pengangkutan (International Shipping Corporation, Transmile Group) dan penerbitan. Pada Julai 2017, Forbes menyenaraikan beliau sebagai individu terkaya di Malaysia dan kedua terkaya di Asia Tenggara.
HASSAN MERICAN
Tan Sri Hassan Merican merupakan bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Petronas, berusia 65 tahun.
Selain itu, beliau juga pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Pembangunan Antarabangsa untuk Republik Afrika Selatan.
Hassan bersama Petronas sejak 1989 sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan, kemudian menjadi Presiden dan CEO pada tahun 1995.
ZETI AZIZ
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz merupakan bekas Gabenor Bank Negara, berusia 70 tahun.
Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia.
Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri.
Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik ke jawatan tersebut.
DAIM ZAINUDDIN
Berusia 80 tahun, Tun Daim Zainuddin merupakan bekas menteri kewangan Malaysia untuk tahun 1984 sehingga 1991.
Beliau dilantik semula menteri kewangan pada 1999 dan meletakkan jawatan itu pada 2001.
Daim juga pernah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan pernah memegang jawatan Bendahari UMNO dari tahun 1984 sehingga 1999.
*SumberAwani
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perasan tak ramai pemain Piala Dunia 2026 pakai but merah jambu? Rupanya ada sebab saintifik dan strategi pemasaran bernilai jutaan dolar di sebalik trend paling mencuri perhatian tahun ini!