Perkembangan industri kereta elektrik kini menunjukkan tanda-tanda yang sangat positif. Penerimaan dan juga popularitinya kini dilihat semakin meningkat terutamanya di kalangan pengguna di Malaysia.
Millennium Welt, wakil pengedar bagi jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad di Negeri Sembilan bersama kerjasama Matrix Concepts Holdings Berhad (MCHB), kini memperkenalkan fasiliti pengecasannya yang sulung dengan ekspresi jenama yang terbaharu bagi MINI di Bandar Sri Sendayan, Seremban pada hari ini.
Pengenalanan Fasiliti Pengecasan MINI terbaru dilihat mampu memajukan lagi ekosistem kenderaan elektrik (EV) di dalam dan sekitar kawasan Seremban di samping meluaskan akses ke atas infrastruktur pengecasan kepada kawasan perbandaran yang sedang membangun di lokasi tersebut.
Pengarah Urusan Millennium Welt, Bryan Wong berkata pihaknya berasa amat teruja untuk memperkenalkan fasiliti pengecasan yang sulung buat jenama MINI di Seremban dan berhasrat untuk memenuhi permintaan yang semakin meluas ke atas infrastruktur pengecasan di kawasan ini.
“Sejajar juga dengan sambutan positif yang kian diterima bagi kenderaan berelektrik dalam kalangan pelanggan kami di sini. Setakat ini, kami di Millennium Welt telah berjaya menyerahkan lebih daripada 140 buah kenderaan berelektrik BMW dan MINI, dan kami berharap dengan akses yang lebih baik ke atas fasiliti-fasiliti pengecasan yang terdapat di kawasan ini, para pelanggan akan berasa lebih yakin untuk beralih ke alam mobiliti elektro,” tambahnya lagi.
Ads
Manakala bagi Pengurus Besar Kumpulan Kesetiausahaan Korporat, Tadbir Urus dan Kelestarian di Matrix Concepts Group, Carmen Loo pula berkata, “Usaha sama yang kami telah jalin dengan Millennium Welt merupakan satu langkah yang tepat kerana kedua-dua pihak berkongsi matlamat yang sama dalam aspek kelestarian.
“Pemasangan Fasiliti Pengecasan MINI di d’Tempat Country Club – yang juga telah menerima pentauliahan Gold Green Building Index Certification, merupakan sebahagian daripada visi utama kami untuk mempromosikan kaedah pengangkutan lestari di samping mengurangkan jejak karbon kami sendiri.
“Harapan kami adalah untuk mencorak sebuah alaf yang lebih lestari buat generasi sekarang dan yang akan datang.”
Ads
Menampilkan Wallbox 11kWj yang dikuasakan oleh ChargEV, fasiliti pengecasan terbaharu ini terletak di ruang parkir laluan masuk utama premis d’Tempat Country Club di Bandar Sri Sendayan, Seremban.
Fasiliti pengecasan tersebut kini dibuka setiap hari untuk kegunaan awam dari jam 9:00 pagi hingga 11:00 malam, dengan kadar standard bernilai RM5 bagi setiap 20 minit penggunaan.
Fasiliti pengecasan yang baru diperkenalkan oleh Millennium Welt ini juga merupakan sebahagian daripada strategi BMW Group Malaysia untuk membangunkan infrastruktur yang diperlukan bagi pengecasan kenderaan elektrik.
Ads
Ia dilihat seiring dengan rakan-rakan kongsi, wakil pengedar, dan pembekal kemudahan pengecasan yang berkongsi sentimen sama.
Lebih daripada 670 buah fasiliti pengecasan telah disediakan oleh BMW Group Malaysia buat para pemilik EV di Malaysia setakat ini, dan akses ke atas lebih 360 buah fasiliti ini dibekalkan melalui usaha sama yang dijalin dengan ChargEV dan Yinson Greentech.
Usaha sama dengan JomCharge juga membolehkan akses ke atas lebih 65 buah fasiliti pengecasan ditawarkan, dan Gentari dengan sekitar 150 buah fasiliti.
Lebih daripada 100 buah fasiliti pengecasan BMW i dan MINI juga disediakan di kebanyakan pusat pengedaran yang bertauliah, di samping lokasi-lokasi para rakan kongsi di serata negara, dan banyak lagi yang akan menyusul melalui pelan perluasan infrastruktur yang telah disasarkan untuk tahun hadapan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Honda MSX 125 dilancarkan ke pasaran tempatan pada Disember 2016. Tidak sampai setahun di pasaran, Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan empat warna baharu bagi MSX 125.
Kini pelanggan boleh memilih warna biru, merah jambu, merah mutiara dan kuning. Warna yang ditawarkan lebih ceria dan menyerlah. Selain itu, BSH turut menawarkan aksesori H2C bagi memenuhi permintaan gaya hidup terkini. Aksesori berkenaan begitu popular dalam kalangan penggemar fun bike MSX 125 di Thailand.
Selain itu, MSX 125 didatangkan dengan ciri-ciri menarik seperti lampu utama LED lebih moden, rim 12 inci berbentuk jejari ‘Y’ dan meter LCD digital.
Harga masik kekal sama iaitu RM 11,128.94 (termasuk GST) seunit. Untuk ketenangan minda pemilik, fun bike berkenaan didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000km (yang mana terdahulu).
Sekali imbas ia nampak seperti rekaan yang hanya wujud di dalam komik atau filem fiksyen. Namun hakikatnya kapal selam yang tampil dengan rekaan persis adiwira popular Batman merupakan jentera yang wujud di dunia nyata.
Juga dianggap saling tidak tumpah dengan bentuk ikan pari kapal selam peribadi ini dikatakan bernilai GBP1.3 juta (RM6.8 juta) telah ditawarkan untuk jualan.
Kapal selam ini dihasilkan oleh Highland System yang berpangkalan di Suffolk dan UAE dikenali sebagai Kronos Submarine.
Foto: Highland Systems / SWNS
Menurut pengeluarnya, kapal selam ini bakal membawa konsep baharu dalam pasaran kapal selam komersial di seluruh dunia. Ia dikatakan boleh memuatkan sehingga 10 orang penumpang dalam satu masa dan sesuai digunakan bukan sahaja untuk pengangkutan komersial tetapi untuk misi menyelamat dan juga operasi ketenteraan.
Foto: Highland Systems / SWNS
Kronos Submarine yang tampil dengan rekaan futuristik dengan kepaj boleh lipat mampu mencecah kelajuan sehingga 80kmj di atas air dan 50kmj di dalam air.
Ia juga boleh melakukan selaman sehingga kedalaman 250 meter dan mampu menampu bekalan udara sehingga 36 jam. Dengan menggunakan sistem pendorong hibrid kapal selam ini menggunakan diesel dan juga tenaga elektrik untuk menjana sehingga 1,200 kuasa kuda dan memberikan 54 jam perjalanan.
Foto: Highland Systems / SWNSFoto: Highland Systems / SWNS
Pada bahagian dalamannya pula ia lengkap dengan rekaan moden bersama sistem penghawa dingin dan juga mempunyai sistem sokongan hayat automatik. Ini benar-benar ‘big boys toys!’
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebagai pemilik kereta anda mesti sudah tahu bahawa antara kerosakan kereta yang mampu buat kita sakit jiwa jiwa adalah bila kotak gear atau gearbox rosak.
Ini kerana apabila ia sudah rosak kita harus mengeluarkan perbelanjaan yang agak tinggi untuk membaikinya. Antara perkara boleh anda lakukan untuk elak perkara seperti ini berlaku adalah sentiasa servis kereta ikut pada masanya.
Dan pastikan kondisi kenderaan terutamanya di bahagian dalaman enjin sentiasa diberikan perhatian. Jadi bagaimanakah untuk kita kesan dari awal sekiranya gearbox mula rosak?
Bagi pengguna kereta, ini merupakan antara tanda-tanda yang boleh anda perhatikan.
1.
Berdepan keseukaran untuk ‘masuk’ gear, ini terutamanya berlaku kepada kereta manual.
2.
Untuk kereta auto, pada awal transmisi berlaku sentakan kuat. Sebagai contoh bila dari N ditukar kepada D. Atau dari P ke D.
3.
Berlakunya ‘freeplay’ iaitu ruang pertukaran gear yang agak lama sama ada dari gear 1 ke gear 2, gear 2 ke gear 3 dan juga gear 3 ke gear 4.
4.
Kereta mengeluarkan bunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku.
5.
Bacaan RPM naik jadi tinggi dan tak kembali kepada asal selepas gear auto bertukar.
6.
Terdapat bunyi hentakan kuat berbunyi ‘dukk‘ setiap kali gear auto bertukar.
7.
Keadaan gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.
Jika anda dapati perkara di atas berlaku itu bermakna gearbox anda menunjukkan tanda-tanda awal berlakunya kerosakan. Jangan biarkan ia berlarutan kerana dikhuatiri akan jadi lebih teruk.
Bagaimana anda boleh elak tanda-tanda di atas berlaku kepada gearbox kereta? Anda boleh ikuti tip sevis di bawah;
Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
1. Tukar minyak auto
2. Tukar mounting gearbox
3. Tukar pin pada panel gear
4. Tukar kedua-dua oil seal gearbox
Bagi anda yang menggunakan kereta manual pila anda hanya perlu tukar minyak gear, mounting dan kabel gear.
Semoga perkongsian auto ini mampu memberikan manfaat kepada anda. Jangan lupa follow Instagram MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.