Ads

Filem Seram The Shining Boleh Kurangkan Berat Badan Anda Kerana 3 Sebab Ini…

Mengikut kajian US National Library of Medicine National Institutes of Health, filem seram The Shining boleh mengurangkan berat badan seseorang kerana mampu membakar lemak sehingga 184 kalori.

Selain The Shining, sembilan lagi filem seram lain yang mampu memberikan kesan yang hampir sama adalah seperti berikut :

1. Jaws: 161 kalori
2. The Exorcist: 158 kalori
3. Alien: 152 kalori
4. Saw: 133 kalori
5. A Nightmare on Elm Street: 118 kalori
6. Paranormal Activity: 111 kalori
7. The Blair Witch Project: 105 kalori
8. The Texas Chain Saw Massacre: 107 kalori
9. [Rec]: 101 kalori

Ads

a) Pembakar kalori

Selain bertindak sebagai pembakar kalori, sekumpulan penyelidik dari Universiti of Westminster berkata, filem seram mampu mendatangkan pelbagai manfaat tambahan seperti meningkatkan sesuatu mood.

b) Tindak balas otak terhadap sistem saraf

Bagi Richard Mackenzie yang turut menjadi salah seorang penyelidik berkenaan mendapati, apabila kita menonton filem seram, otak akan bertindak balas terhadap sistem saraf sekali gus menyebabkan lemak dibakar bagi mendapatkan tenaga.

Ads

Namun begitu, memetik kenyataan The Guardian, jumlah kalori yang dibakar itu sebenarnya bergantung kepada individu yang menonton filem seram berkenaan.

Ads

c) Sel darah putih terhasil

Para penyelidik turut melakukan kajian terhadap 10 responden dan setiap kadar degupan jantung, pengambilan oksigen dan karbon dioksida direkod dan hasil kajian mendapati sel darah putih turut terhasil.

Jadi, rajin-rajinlah menonton filem seram selepas ini kalau malas berlari atau berjalan. Semoga dengan menonton filem seram tersebut, anda dapat membakar kalori dengan jayanya!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
treadmill

5 Kesalahan Lazim Larian Treadmill Ramai Tidak Sedar, Boleh Elak Kecederaan...

Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.