Ads

‘Galaxy Unpacked – The Pre-party Live Show’, Acara ‘Pemanas Badan’ Pelancaran Eksklusif Peringkat Global

Bagi peminat peranti jenama Samsung, hari ini merupakan hari yang cukup dinantikan. Pada malam ini, Samsung akan mempersembahkan pelancaran dan pengenalan peranti terbaru mereka menerusi ‘Galaxy Unpacked’ yang akan disiarkan secara langsung menerusi penstriman Youtube Samsung Malaysia.

Melihatkan sambutan cukup hebat menerusi video teasernya yang mencecah 100 juta tontonan, maka tidak hairanlah mengapa acara pada malam ini dianggap antara yang terbesar diperkenalkan Samsung tahun ini. ‘Galaxy Unpacked’ bakal disiarkan pada jam 10 malam ini.

‘Galaxy Unpacked – The Pre-party Live Show’, Acara ‘Pemanas Badan’ Pelancaran Eksklusif Peringkat Global

Ads

Sebelum dihidangkan dengan persembahan dan pengenalan peranti-peranti terbaru, Samsung Malaysia terlebih dahulu mengadakan ‘Galaxy Unpacked – The Pre-Party Live Show’ pada jam 9 malam. Program yang dihoskan oleh Jin (@jinnyboy) and Alexis (@alexissueann) ini turut akan disertai oleh selebriti serta influencer terkenal di Youtube Samsung Malaysia.

Antaranya ialah Alif Satar (@alifsatar), Daiyan Trisha (@daiyantrisha), Josephine Yap (@jyjosephine), Marianne Tan (@mariannetpy), and tidak lupa kumpulan wanita popular, DOLLA yang dibarisi Sabronzo (@sabronzo), DOLLA (@bbyqngel), Tabby (@tabbybabyyy) dan Syasya (@syasya.rzl).

Ads

Menerusi pre-show ini hos dan tetamu jemputan akan turut sama membincangkan tentang apakah jangkaan yang mereka ingin lihat menerusi penyampaian eksklusif ‘Galaxy Unpacked’. Selepas tamat program ini, penonton akan dibawa terUs menyaksikan acara peringkat global, ‘Galaxy Unpacked’.

Ads

Lebih menarik Samsung menawarkan e-baucar RM300 untuk digunakan pada pembelian peranti Galaxy akan datang buat sesiapa yang mendaftar di https://www.samsung.com/my/unpacked/.

Apakah yang akal diperkenalkan oleh Samsung pada persembahan kali ini? Sama-sama kita nantikan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
protein bar

Protein Bar Berbaloi Ke Untuk Lelaki Aktif? Ini Fakta Sebenar

Ketahui fakta sebenar tentang protein bar untuk lelaki aktif — adakah ia benar-benar sihat atau sekadar snek berkalori tinggi? Fahami cara pilih dan guna protein bar dengan bijak supaya badan kekal fit dan bertenaga.