Gaya Hidup

Gambar Padang Oren Yang Retak Jadi Juara Pertandingan Shot On iPhone

Share

Baru-baru ini Apple telah kembali semula dengan pertandingan Shot On iPhone dan menurut terma, gambar terbaik akan dibeli sekali gus dipamerkan pada papan iklan.

Semalam, Apple telah mengumumkan 10 nama pemenang menerusi Instagram mereka dan keputusan menunjukkan gambar padang yang mengalami retak telah menjadi juara.

Gambar itu telah diambil oleh Nikita Y. (@yarosh.nikita_) dari Belarus itu kini mendapat perhatian melebihi 1,000 likes.

Sejak nama pemenang turut diumumkan, ruang komennya dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada orang ramai yang turut berkongsi kegembiraan tersebut.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Alex Jiang dari Hong Kong yang menggunakan  iPhone XS Max dan gambar yang diambil menunjukkan padang bola keranjang yang berlatarbelakangkan sebuah bangunan berwarna-warni.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada para pemenang kerana gambar anda telah terpilih dan dibeli oleh syarikat Apple.

Rakyat Malaysia ada tak yang cuba join pertandingan Shot On iPhone ni? Cer kongsi sikit!

IKLAN