Gaya Hidup

Gara-Gara Gelar Grup K-pop BTS ‘Setan’, Instagram PU Syed Diserang Warganet

Share

Umum mengetahui bahawa ppopulariti yang dibawa oleh grup K-pop sejak kebelakangan ini merupakan satu fenomena yang telah mencengkan industri muzik global. Dan tempiasnya itu turut dirasai oleh penggemar muzik terutamanya K-pop di negara kita.

Nama-nama seperti BTS, Blackpink, TWICE, Red Velvet dan GOT7 merupakan antara yang sentiasa menghiasa portal-portal hiburan tempatan dan global.

Apatah lagi dalam tempoh beberapa hari ini kecoh diperkatakan tentang usaha yang dikatakan kini dijalankan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membawa grup BTS ke negara.

Grup K-pop paling popular di dunia yang telah memecah pelbagai rekod dalam industri muzik global.

Namun lain orang lain penerimaannya. Itulah yang disuarakan oleh Pemenang pertandingan Pencetus Ummah 2015, PU Syed Bakri.

Menerusi satu psoting di Instagram, PU Syed begitu tegas menentang usaha membawa masuk grup K-pop paling popular di dunia ini ke Malaysia. Dalam posting yang disertakan dengan foto screenshot sebuah artikel yang mengatakan kerajaan Rusia mengharamkan konsert BTS kerana ada unsur gay.

PU Syed

“HANYA BAWA KESESATAN”

Jelas PU Syed;

“Kita Negara Islam, boleh nak jemput setan² ni dtg. Rusia Negara Kapir pun tahu nak jaga rakyat mereka.

Maaf guna kalimah setan, sebab hanya setan yg mahu menyesatkan manusia. Kumpulan ini seperti itu juga. Nilai² apa yg hendak mereka bawa kecuali kesesatan.

Yg menjemput kena berfikir cara agama, bukan sekodar logik akal semata².

Didik pewaris negara ini dgn agama.

PU Syed.”

Nampaknya posting tersebut tidak dapat diterima oleh ramai peminat BTS yang menggelarkan diri mereka ARMY dan turut disokong oleh warganet yang lain kerana penggelarkan artis tersebut dengan panggilan ‘setan’.

Malah PU Syed turut memuat naik posting susulan yang mengatakan akauan Instagram-nya telah diserang oleh peminat K-pop.

Manakala dalam posting terbarunya, PU Syed menyifatkan ‘tentera K-pop’ ini umpama zombie kampung pisang yang perlu dirawat. Beliau turut menggesa ibu bapa dan penjaga memantau anak-anak daripada terpengaruh dengan perkara seperti ini.

Beliau juga menegaskan bukan hanya artis Korea sahaja yang ditegur, tetapi artis tempatan juga.

Berikutan dengan perkara ini, ramai yang tak puas hati dengan kenyataan PU Syed.

IKLAN