Gaya Hidup

Gara-gara PKP dan Ingin Lepas Sekatan Jalan Raya, Lelaki Ini Sanggup Sumbat Isteri Di Dalam But Kereta!

Share

Gara-gara degil atas perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di United Kingdom (UK), seorang pemandu lelaki sanggup meletakkan isterinya di dalam but kenderaan yang dipandunya.

Seperti biasa, pengguna jalan raya sanggup memberikan alasan yang tidak masuk akal dan munasabah ada yang sanggup buat apa sahaja asalkan dapat melepasi sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa.

Menurut polis Noth West Motorway, lelaki itu dipercayai memandu lebih 2 jam sejauh 200 kilometer dari Coventry ke Salford untuk mengambil tingkap yang dibelinya secara dalam talian yang berharga £15 (kira-kira RM80).

“Isterinya tidak muat duduk di dalam kereta. Jadi dia baring di dalam but sepanjang perjalanan pulang sebelum mereka ditahan,” kata kenyataan itu.

Lelaki itu dilapor disaman kerana melanggar arahan kerajaan dengan melakukan perjalanan tidak penting (non-essential travel).

United Kingdom melaksanakan perintah kawalan pergerakan mulai malam Isnin (waktu tempatan) susulan peningkatan penularan jangkitan COVID-19 di negara itu.

Rakyat negara itu hanya dibenarkan keluar untuk membeli makanan, ubat-ubatan, atau tugasan kritikal.

Haish, macam-macam betullah, pengguna jalan raya sanggup buat apa sahaja asalkan mereka lepas sekatan jalan raya. Jangan berlaku di Malaysia sudah lah ya.

Sumber: Astro Awani

IKLAN