Gara-Gara Satu ‘Perkara’ Ini, Lee Chong Wei Akhirnya Mengalah & Gantung Raket!

Share

Sebut sahaja nama Datuk Lee Chong Wei, satu Malaysia kenal dengan pemain lagenda badminton yang disanjungi ramai ini.

Setelah 19 tahun berbakti dalam arena sukan sehingga mengharumkan nama negara di persada antarabangsa, Chong Wei akhirnya mengalah.

Tarikh 13 Jun 2019 juga menjadi saksi dan terpahat sebagai satu sejarah menyaksikan pengunduran diri pemain badminton yang digeruni ramai itu.

Tertitisnya air mata Chong Wei

Keputusan menggantung raket itu diumumkannya dalam sidang media khas di pejabat Kementerian Belia dan Sukan hari ini.

Beliau yang menginjak usia 37 tahun dilihat mengalirkan air mata ketika berucap. Pasti sebak mengiringi jiwa patritioknya.

Manakan tidak, sejak dari usia muda Chong Wei telah memulakan langkah menjadi pemain Malaysia di bawah pimpinan jurulatih yang hebat.

Kesihatan perlu diutamakan

Meski pun hati tidak sukar untuk menolak, keputusan gantung raket terpaksa dibuat kerana tahap kesihatannya tidak sama lagi seperti dulu.

Ia adalah keputusan paling sukar pernah dibuatny. Itu pun selepas berfikir panjang termasuk mendapatkan pandangan isterinya Datin Wong Mew Choo.

Katanya Chong Wei, beliau ada ke Taiwan April lalu dan doktor yang merawatnya merasakan beliau tidak sesuai lagi untuk meneruskan latihan dengan intensiti tinggi.

Ambil masa sebulan untuk berfikir

Sehubungan itu selepas pulang bertemu doktor, Chong Wei mengambil masa selama sebulan berfikir mengenainya sebelum membuat keputusan bertemu Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria bagi meminta pandangan mereka.

Trivia kejayaan

Selain daripada menghimpun koleksi tiga pingat perak Sukan Olimpik (2008, 2012 dan 2016) dan tiga kali muncul sebagai naib juara dunia (2011, 2013 dan 2015), Chong Wei juga muncul sebagai satu-satunya pemenang terbanyak gelaran Super Series sebanyak 46 kali.

 

IKLAN