
Setiap kali atlet negara melangkah ke pentas besar, ada satu perkara yang tidak pernah berubah. Walau di mana sahaja mereka turun ke padang atau gelanggang untuk bertanding, sorakan rakyat Malaysia tetap menjadi sebahagian daripada perjuangan mereka!
Bermula 19 September hingga 4 Oktober 2026, tumpuan sukan Asia akan terarah ke Jepun. Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 bakal menghimpunkan atlet terbaik dari seluruh benua.
Edisi ke-20 ini melibatkan 45 negara dan wilayah dengan 41 jenis sukan dipertandingkan, menjadikannya antara temasya sukan terbesar selepas Sukan Olimpik.
Bagi rakyat Malaysia, perjuangan kontinjen negara kali ini boleh diikuti dengan lebih dekat apabila Astro menyediakan liputan langsung paling komprehensif menerusi Astro X3, NJOI dan Sooka, merangkumi sehingga 13 jam siaran setiap hari sepanjang temasya.
Tujuh Saluran, Lebih Banyak Aksi Atlet Malaysia
Liputan Sukan Asia kali ini melibatkan tujuh saluran sukan Astro, terdiri daripada lima saluran khas ASG1 hingga ASG5 serta dua saluran yang memberi tumpuan besar kepada perkembangan atlet Malaysia menerusi Astro Arena dan Stadium Astro.
Bagi pelanggan Astro, liputan temasya ini turut disediakan sebagai sebahagian daripada penghargaan sempena sambutan Merdeka, Hari Malaysia dan ulang tahun ke-30 Astro.
Liputan pra-temasya pula sudah bermula sejak 9 September, membawa penonton semakin dekat dengan persiapan kontinjen negara sebelum acara sebenar membuka tirai.
Majlis pembukaan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 akan disiarkan secara langsung pada 19 September, jam 7 malam menerusi Astro Arena (CH 801) dan ASG1 (CH 795).
Dari Sepak Takraw Hingga Berbasikal Trek
Satu perkara yang pasti, kontinjen Malaysia hadir dengan beberapa acara yang dijangka mampu mencuri perhatian.
Sepak takraw menjadi antara sukan yang harus diberikan tumpuan selepas perkembangan positif skuad negara di pentas dunia. Dengan reputasi Malaysia sebagai Juara Dunia terkini dan antara kuasa utama sukan tersebut, setiap aksi dijangka membawa tekanan dan harapan tersendiri.

Dalam skuasy, nama S. Sivasangari dan Ng Eain Yow sekali lagi akan menjadi perhatian selepas kedua-duanya bergelar juara bertahan. Ramai menaruh keyakinan tinggi mereka mampu mempertahankan kejuaraan mereka.
Badminton pula kekal sebagai salah satu acara yang sentiasa membawa harapan besar kepada peminat tempatan, manakala sukan angkat berat turut disenaraikan antara disiplin yang berpotensi memberikan cabaran dalam perebutan podium.

Tidak kurang dinantikan ialah berbasikal trek, khususnya jika legenda negara Datuk Azizulhasni Awang kembali membawa cabaran Malaysia.
Menjelang temasya, kedudukannya bersama skuad masih menjadi perhatian, dengan kem negara sebelum ini menyatakan mereka masih berharap beliau dapat bersama pasukan ke Aichi-Nagoya.

Bagi Azizulhasni, temasya kali ini turut hadir pada fasa penting kariernya apabila keputusan mengenai hala tuju menuju Sukan Olimpik Los Angeles 2028 dijangka perlu diperjelaskan sekitar tempoh Sukan Asia.
Sorakan kita pastinya sedikit sebanyak mampu memberikan dorongan kepada beliau untuk menggapai pingat emas!
‘Pentas Tumpuan’ Ikuti Peluang Pingat Malaysia
Bagi mereka yang mahu mengikuti perkembangan kontinjen negara dengan lebih mendalam, program khas Pentas Tumpuan akan membincangkan perkembangan semasa temasya serta prospek pingat Team Malaysia bersama bekas atlet kebangsaan dan pakar sukan.
Selain aksi langsung, liputan turut merangkumi pratonton acara, analisis selepas pertandingan, sorotan, kisah di sebalik tabir serta kompilasi detik terbaik sepanjang temasya.
Ini bermakna peminat bukan sekadar dapat melihat siapa menang dan kalah, tetapi turut memahami cerita di sebalik setiap perjuangan atlet.
Ada atlet yang datang sebagai juara bertahan. Ada yang mungkin beraksi di Sukan Asia terakhir mereka. Dan ada juga wajah baharu yang mungkin menggunakan Aichi-Nagoya sebagai pentas untuk memperkenalkan nama kepada seluruh Asia.
Apabila mereka mengenakan Jalur Gemilang di dada, setiap langkah, kayuhan, pukulan dan angkatan membawa nama Malaysia bersama.
Laungkan semangat kita. Strim acara Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 secara LIVE di Astro X3 dan Sooka. Jangan lepaskan setiap momen perjuangan Team wira-wira negara berjuang demi Malaysia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

je senang
