Gaya Progresif Koleksi Cermin Mata ic! berlin x Mercedes-Benz

Share

Jenama eyewear premium ic! berlin bersama-sama dengan jenama automotif tersohor dari Jerman, Mercedes-Benz melakukan kolaborasi istimewa. Kolaborasi ini menyaksikan koleksi eyewear atau cermin mata gaya hidup yang cukup eksklusif.

Baru dilancarkan pada pertengahan bulan April lalu, koleksi kolaborasi ini menampilkan lima rekaan yang penuh dengan gaya ekspresif, sofistikated dan rekaan menarik.

Koleksi terkini yang dipelopori oleh ic! berlin ini juga mengetengahkan rekaan asli dengan estetika yang lebih berani, avant-garde dan pengalaman auto Mercedes-Benz.

Terdapat perbezaan di antara ‘Mercedez’ dan ‘AMG’. Tapi kedua-duanya menyerlahkan ekspresi yang penuh dengan warna biasa digunakan oleh Mercedes-Benz. Rekaan keretanya juga diambil sebagai inspirasi yang diterjemahkan ke setiap rekaan menerusi koleksi ini.

Lima rekaan tersebut iaitu AMG 02, MB Shiled 02, MB 04, MB 05 dan MB 06 ditampilkan dengan ciri-ciri unik tersendiri. Bagi anda yangh ingin bergaya berani dan serba ekspresif inilah koleksi cermin mata yang tidak harus dilepaskan.

IKLAN