Dianggap sebagai di antara pelopor kepada rekaan kasut gaya hidup berasal dari Jepun, Initsuka Tiger cukup sinonim dengan rekaannya yang klasik dan evergreen. Saban tahu kita melihat ada sahaja rekaan yang cukup menarik diketengahkan oleh Onitsuka Tiger.

MASKULIN baru-baru telah diberikan peluang untuk mencuba sendiri kasut gaya hidup terkini rekaan Onitsuka Tiger yang dikenali dengan nama ACROMOUNT™. Koleksi kotemporari yang diserlahkan oleh mereka menerusi silhouette unik merupakan koleksi kotemporari yang menggabungkan fesyen sukan, inovasi serta identiti jenamanya yang cukup berpengaruh di seluruh dunia.

Gaya Sneakers Onitsuka Tiger ACROMOUNT™ Hadir Dengan Konsep Retrofuturistik

Menerusi siri ACROMOUNT™ mereka telah memperkenalkan tiga versi iaitu ACROMOUNT™, ACROMOUNT™ MT dan ACROMOUNT™ KNIT. Untuk review kali ini, MASKULIN telah mencuba sendiri menggunakan sneakers dari versi ACROMOUNT™.

Inspirasi rekaan untuk siri ini, yang diterajui pengarah kreatifnya, Andrea Pompilio, hadir daripada model arkib pada era 1970-an. Model potongan rendah ACROMOUNT™ menampilkan kombinasi fabrik dan kulit dengan kemasan vintaj, manakala model potongan sederhana ACROMOUNT™ MT menonjolkan bentuk indah rekaan kontemporarinya.

Gaya Sneakers Onitsuka Tiger ACROMOUNT™ Hadir Dengan Konsep Retrofuturistik

IKLAN

Pertama kali melihat sneakers ini perkara pertama yang menarik perhatian ialah rekaan tapaknya yang separa radikal. Secara pakejnya tidak keterlalun untuk MASKULIN mengatakan ACROMOUNT™ hadir dengan kombinasi rekaan retro dan futuristik atau retrofuturistik!

Ciptaan tapaknya mengetengahkan lapisan kaki depan yang tipis dengan bahagian tengah yang lebih tebal. Ia sekali gus menjadi ciri utama pada kasut balapan ketika itu, dan kini dipertingkatkan seiring gaya hidup moden menggunakan kombinasi getah dan span ringan.

Jaluran Onitsuka Tiger yang bersaiz besar seterusnya memberikan impak tersendiri terhadap rekaan klasik itu.

IKLAN

Gaya Sneakers Onitsuka Tiger ACROMOUNT™ Hadir Dengan Konsep Retrofuturistik

Pada bahagian tengah kasutnya dilengkapi dengan kulit suede yang berwarna kelabu. Ia mengkapkan elemen retro bersama paduan fabrik colse-woven berwarna putih berserta jalur Onitsuka Tiger yang berwarna biru. Pada bahagian belakang pula terdapat pull tab berwarna hitam memberikan dimensi yang lebih menarik pada silhouette terkini jenaman ini.

Bahagian tapaknya di hadapan pula disertakan dengan gumsole bagi menaikkan imej retrofuturistik yang dibawa oleh ACROMOUNT™. Hadir dengan tali nilon, ACROMOUNT™ bolehlah MASKULIN katakan sebagai di antara sneakers paling stylo diperkenalkan oleh Onituska Tiger pada tahun ini.

IKLAN

Gaya Sneakers Onitsuka Tiger ACROMOUNT™ Hadir Dengan Konsep Retrofuturistik

Dari segi faktor keselesaan, ACROMOUNT™ menawarkan fit yang cukup baik. Buat anda yang ingin mendapatkannya MASKULIN mencadangkan untuk anda dapatkan ‘true to size’. Mungkin bagi anda yang mempunyai kaki agak lebar boleh mengambil setengah saiz lebih besar untuk keselesaan maksima.

Model ACROMOUNT serta dua versinya yang lain iaitu ACROMOUNT MT and ACROMOUNT KNIT boleh didapati menerusi https://www.onitsukatiger.com/my/en-my/ dan butik Onitsuka Tiger.

Rating MASKULIN: 4/5

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI