Sebagai Home of Originals, Astro terus membuktikan bahawa penceritaan hebat tak terhenti di skrin.

Kali ini, drama popular Generasi: Perfect 10 dibawa ke dunia sebenar menerusi lenticular billboard yang dipasang di laluan bawah tanah KLCC menuju ke Aquaria satu pengalaman visual yang buat ramai berhenti sekejap untuk tengok.

Paparan ini bukan sekadar poster besar, tapi rekaan khas yang menukar imej bila dilihat dari sudut berbeza seolah-olah gambar tu hidup dan bergerak.

Dengan inovasi ini, Astro berjaya menarik perhatian khalayak dengan pendekatan luar biasa dalam memperkenalkan Generasi: Perfect 10.

Generasi: Perfect 10 Hidup di KLCC, Astro Cipta Inovasi Dengan Lenticular Billboard Unik

Generasi: Perfect 10 mengangkat kisah dua gadis muda, Ezie (Arena Wan) dan Victoria (Arabella Ellen), yang berjuang dalam dunia gimnastik penuh tekanan.

Dalam mengejar kejayaan, mereka diuji dengan dilema antara disiplin dan kejujuran atau kuasa dan kompromi persoalan yang ramai boleh kaitkan dalam hidup sebenar.

Tema ini menjadikan Generasi: Perfect 10 lebih daripada sekadar drama hiburan.

 

Arena Wan, “Rasa Macam Mimpi Tengok Muka Sendiri Bergerak di Billboard”

Bagi Arena Wan, pengalaman melihat wajahnya di lenticular billboard buat pertama kali memang sukar dilupakan.

Generasi: Perfect 10 Hidup di KLCC, Astro Cipta Inovasi Dengan Lenticular Billboard Unik

“Saya tak pernah ada muka saya di billboard, apatah lagi yang lenticular. Bila tengok gambar tu ‘bergerak’ bila orang lalu, memang rasa unik sangat. Saya bersyukur sebab Generasi: Perfect 10 ni bukan sekadar hiburan ia cerita yang bagi kesan,” katanya.

Arena turut kongsi rasa selepas tamat penggambaran.

“Bila habis shooting, saya rasa macam kehilangan keluarga. Kami dah sebulan duduk serumah masak, training, dan hidup sama-sama. Bila cerita tamat, memang rasa janggal, tapi bangga bila tengok hasilnya diterima ramai,” ujarnya.

Dari Skrin ke Dunia Sebenar

Melihat hasil akhir promosi di KLCC, Arabella turut luah rasa bangga terhadap kempen luar biasa ini.

“Saya rasa teruja sebab ramai orang termasuk pelancong boleh nampak hasil kerja kami. Ia bukan sekadar promosi biasa tapi simbol kepada usaha keras semua yang terlibat,” ujarnya.

Generasi: Perfect 10 Hidup di KLCC, Astro Cipta Inovasi Dengan Lenticular Billboard Unik

Arabella Ellen, yang melakonkan watak Victoria, pula melihat pengalaman ini sebagai satu perjalanan peribadi.

“Satu benda saya belajar daripada Generasi: Perfect 10 ialah pasal friendship dan teamwork. Kami semua datang dari latar berbeza tapi dalam masa singkat dah jadi rapat macam keluarga. Bila habis shoot, saya sedar betapa pentingnya support system dalam hidup kita,” katanya sambil tersenyum.

Astro Terus Pacu Inovasi Cerita Tempatan

Melalui kempen Generasi: Perfect 10 ini, Astro membuktikan bahawa penceritaan boleh diperluas dengan cara kreatif dan penuh emosi.

Lenticular billboard ini bukan sekadar gimik visual ia lanjutan kepada mesej Generasi: Perfect 10, bahawa setiap pilihan membentuk siapa diri kita dan jenis “pemenang” yang kita mahu jadi.

Ia juga satu tanda bagaimana Astro terus menerajui naratif tempatan dengan sentuhan inovasi, teknologi, dan jiwa Malaysia menjadikan Generasi: Perfect 10 simbol gabungan seni, emosi, dan kreativiti moden yang menghubungkan penonton dengan dunia sebenar.

BACA LAGI : Jorge Lorenzo Perkukuh Hubungan Bitget Dengan Dunia MotoGP dan Kripto

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads