
Kes gigitan ular berbisa mungkin jarang berlaku dalam kehidupan harian, namun apabila ia terjadi, setiap minit sangat penting.
Ramai panik, cuba bertindak sendiri atau mengikut petua lama yang sebenarnya boleh memburukkan keadaan. Hakikatnya, tindakan awal selepas digigit ular boleh menjadi faktor penentu antara rawatan berjaya atau komplikasi serius.
Di Malaysia, spesies seperti ular tedung, ular kapak dan ular katam tebu merupakan antara ular berbisa yang boleh menyebabkan kerosakan tisu, gangguan sistem saraf malah kematian jika tidak dirawat segera.
Sebab itu penting untuk tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya situasi ini berlaku.
Perkara paling penting selepas gigitan ular berbisa ialah jangan panik.
Apabila panik, degupan jantung meningkat dan ini boleh mempercepatkan penyebaran bisa ke seluruh badan.
Mangsa perlu cuba bertenang dan mengurangkan pergerakan sebanyak mungkin, terutama pada anggota badan yang terkena gigitan.
Jika digigit pada tangan atau kaki, cuba pastikan anggota tersebut berada dalam keadaan stabil dan tidak terlalu banyak bergerak.
Langkah ini mungkin nampak mudah, namun ia sangat membantu memperlahankan penyebaran toksin sementara menunggu bantuan perubatan tiba.
Ini antara kesilapan paling biasa yang masih ramai percaya apabila berlaku gigitan ular berbisa.
Menghisap bisa menggunakan mulut atau memotong kawasan gigitan bukan sahaja tidak membantu, malah boleh meningkatkan risiko jangkitan dan kerosakan tisu.
Begitu juga dengan penggunaan ais, bahan herba atau bahan kimia pada luka yang boleh memburukkan keadaan.
Kaedah seperti tourniquet terlalu ketat juga berbahaya kerana boleh mengganggu aliran darah dan merosakkan anggota badan.
Apa yang terbaik ialah biarkan kawasan luka dalam keadaan tenang dan dapatkan rawatan profesional secepat mungkin.
Gigitan ular berbisa boleh menyebabkan pembengkakan dengan cepat.
Sebab itu mangsa disarankan menanggalkan cincin, jam tangan, gelang atau pakaian ketat berhampiran kawasan gigitan sebelum bengkak menjadi lebih serius.
Ini penting untuk mengelakkan gangguan aliran darah apabila pembengkakan mula berlaku.
Jika kasut atau stokin terlalu ketat, longgarkan dengan berhati-hati tanpa terlalu banyak menggerakkan anggota yang terkena gigitan.
Gigitan ular berbisa memerlukan rawatan hospital secepat mungkin.
Hubungi ambulans atau terus ke Jabatan Kecemasan dan Trauma terdekat tanpa berlengah.
Jika boleh, cuba ingat rupa ular tersebut tetapi jangan sesekali cuba menangkap atau membunuhnya kerana ia boleh meningkatkan risiko gigitan kedua.
Doktor biasanya akan menilai simptom mangsa sebelum menentukan sama ada antivenom diperlukan atau tidak.
Lebih cepat mangsa menerima rawatan, lebih tinggi peluang untuk mengelakkan komplikasi serius termasuk kerosakan organ dan lumpuh saraf.
Antara simptom serius selepas gigitan ular berbisa termasuk:
Jika simptom ini berlaku, rawatan segera menjadi sangat kritikal kerana sesetengah bisa boleh menyerang sistem saraf dan organ dalaman dengan pantas.
Dalam keadaan tertentu, simptom mungkin muncul secara perlahan. Oleh itu, mangsa masih perlu dipantau walaupun pada awalnya kelihatan stabil.
Bisa ular boleh memberi kesan berbeza bergantung kepada spesies ular dan jumlah bisa yang masuk ke dalam badan.
Ada yang menyebabkan kerosakan tisu serius, manakala ada juga yang menyerang sistem saraf sehingga menyebabkan lumpuh dan gangguan pernafasan.
Semakin cepat rawatan diberikan, semakin tinggi peluang untuk mengelakkan komplikasi kekal.
Selain itu, rawatan awal juga membantu doktor memantau perkembangan simptom dengan lebih efektif dan mengurangkan risiko keadaan menjadi kritikal.
BACA: Kecederaan Kepala Selepas Kemalangan Boleh Jadi Bahaya Senyap, Ini Simptom Yang Ramai Abaikan
Dalam situasi gigitan ular berbisa, tindakan pertama sangat penting.
Bukan semua petua tradisional sesuai digunakan dan sesetengahnya sebenarnya boleh membahayakan nyawa.
Apa yang paling penting ialah kekal tenang, elakkan tindakan berisiko dan segera dapatkan rawatan perubatan profesional.
Kerana apabila melibatkan bisa ular, masa benar-benar boleh menentukan hidup atau mati.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.