Graduan Kejuruteraan Ini Nekad Tukar Haluan Jadi Penjaga Zoo

Share

Seorang graduan Kejuruteraan Elektronik, Abdullah Aiman Abdul Razak, memilih untuk menjadi penjaga zoo pada tahun 2019 kerana cintanya terhadap haiwan.

Lelaki berusia 28 tahun dari Tasik Gelugor, Pulau Pinang itu berkata minatnya bermula sejak kecil, malah terinspirasi daripada filem komedi Ace Ventura: Pet Detective lakonan Jim Carrey yang ditonton pada tahun 1994.

Selain itu, figura lagenda alam liar, Steve Irwin atau lebih dikenali sebagai Crocodile Hunter, turut menjadi idola utamanya.

Foto : The Rakyat Post

Tinggalkan Kerjaya “High Risk” Demi Dunia Haiwan

Beliau telah memelihara pelbagai jenis haiwan sejak kecil, sambil mempelajari kehidupan, habitat, perangai, tingkah laku dan spesies haiwan yang dijaganya.

“Sejujurnya, saya lebih sayangkan haiwan daripada manusia,” tulisnya di Threads.

Antara haiwan yang pernah diuruskan termasuk ular, burung hantu, helang, kucing, anjing, kuda, alpaka dan burung kakak tua.

Bahkan, dia pernah menjinakkan ular Ball Python, burung helang Brahminy Kite dan kebanyakan spesies kakak tua.

Lalui Depresi, Tetap Kembali Ke Dunia Haiwan

Abdullah mendedahkan, gambar dan kisah yang dikongsi adalah dari tahun 2019 hingga 2023, sebelum beliau mengalami episod depresi yang menyebabkan dirinya “hilang arah”.

Selepas pulih, beliau menjadi penggroom kucing profesional namun terpaksa berhenti akibat masalah kulit.

“Sekarang, bila hampir pulih sepenuhnya, saya perlahan-lahan kembali ke kerjaya ini,” katanya.

Foto : The Rakyat Post

Tidak Gentar Dengan Kata-Kata Negatif

Abdullah berkata ramai yang cuba menghalang, namun dia tetap nekad mengejar minatnya walau terpaksa meredah pelbagai halangan.

Malah, dia pernah membimbing pelatih veterinar dalam teknik dan kemahiran mengendalikan haiwan.

Kisah Abdullah ini jelas menunjukkan bahawa kejayaan bukan semata-mata diukur melalui pencapaian akademik di atas kertas, tetapi juga melalui keberanian untuk keluar daripada zon selesa dan mengejar apa yang benar-benar diminati.

Walaupun berdepan pelbagai halangan dan pandangan skeptikal, dia membuktikan bahawa minat yang disertai usaha gigih mampu membuka pintu rezeki dan peluang yang tidak disangka-sangka.

Dalam prosesnya, dia bukan sahaja mengembangkan kemahiran sendiri, malah turut berkongsi ilmu dan memberi inspirasi kepada orang lain, termasuk mereka yang ingin membina kerjaya dalam bidang yang jarang diceburi.

Abdullah mengingatkan kita bahawa setiap orang mempunyai jalan tersendiri, dan selagi ada semangat, kesungguhan, serta keberanian untuk mencuba, tiada impian yang mustahil untuk digapai.

BACA LAGI : Lelaki 20 Tahun Jadi Presiden Negara Sendiri, Free Republic of Verdis Curi Perhatian Dunia

Sumber : The Rakyat Post

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

 

Published by
Darwisy Farain