GUESS Vibras Stail Luar Biasa Untuk Mereka Yang Gemarkan Dunia Penuh Keceriaan

Share

Jenama pakaian terkemuka dunia, GUESS mengorak langkah yang seterusnya dengan memperkenalkan 42 koleksi pakaian baharu yang bertemakan penuh warna keceriaan.

GUESS dalam satu kenyataannya memberitahu, koleksi pakaian baharu yang menerima jolokan GUESS Vibras adalah inspirasi daripada bintang muzik antarabangsa, JBalvin.

Elemen 90-an semasa di Miami

JBalvin memberitahu, 42 koleksi baharu GUESS yang dilihamkannya ini adalah berteraskan zaman 90-an di Miami yang penuh semangat energetik.

Zaman itu juga mengangkat rentak yang penuh warna-warni menerusi pakaian dan GUESS Vibras yang diperkenalkan kali ini, sesuai digayakan oleh lelaki serta wanita.

Kolaborasi pertama JBalvin dengan GUESS

Kolaborasi pertama JBalvin dengan GUESS menampilkan koleksi untuk wanita seperti siri potongan t-shirt yang dipotong besar dan seluar trek berwarna merah.

Pemadanan warna yang berlapis seperti biru diraja, kuning keemasan, merah dan hijau menjadi rekaan eksklusif yang diangkat menerusi koleksi ini.

Bagi lelaki pula, jaket yang ditampilkan dengan aneka warna mewujudkan rasa santai yang cukup hebat.

Sama juga dengan t-shirt yang diperkenalkan, masing-masing memiliki daya tarikan yang tersendiri.

Selain itu, koleksi GUESS Vibras ini turut menawarkan stoking pelbagai warna serta beg pinggang yang mampu menambahkan gaya seseorang lelaki.

Koleksi GUESS Vibras yang digayakan selebriti tempatan

Azrel Ismail
Amelia Henderson
Kaka Azraff
IKLAN