Harga Langganan NETFLIX Bakal Naik Bermula Januari 2020

Share

Corak bagaimana pengguna mendapatkan bahan hiburan tayangan kini sudah jauh berubah. Pengguna kini lebih cenderung untuk mencari sendiri bahan tontonan mengikut kesesuian masa mereka.

Berbeza berbanding dahulu mereka terpaksa menunggu masa terntentu di depan televisyen untuk menonton program kegemaran. Kini mereka boleh memilih untuk menontonnya di mana dan bila-bila masa sahaja.

Disebabkan itulah NETFLIX, penyedia penstriman sangat popular bukan sahaja di Malaysia tetapi di dunia. Namun pada tahun hadapan pelanggan NETFLIX bakal berdepan dengan peningkatan harga.

Kenaikan ini yang bakal diperkenalkan pada 9 Januari 2020 bukan sahaja seiringan dengan pengenalan cukai digital 6% oleh kerajaan tetapi bagi membantu NETFLIX untuk mempertingkatkan kualiti bahan dan pelayaran pengguna.

Pelanggan NETFLIX bakal mendapat pengumuman ini secara rasmi bermula 9 Januari dan jumlah caj terbaru bakal dikenakan dalam bil seterusnya.

Berikut merupakan perubahan langganan mengikut pakej pilihan, (harga terbaru dalam kurungan);

Netflix Mobile-only – RM17 (pakej baru)
Netflix Basic – RM33 (RM35 – kenaikan RM2)
Netflix Standard – RM42 (RM45 – kenaikan RM3)
Netflix Premium – RM51 (RM55 – kenaikan RM4)

IKLAN