Gaya Hidup

Harimau Malayan Pertama Disahkan Positif COVID-19, Semoga ‘Nadia’ Cepat Sembuh!

Share

Jika sebelum ini kita dengar kucing dijangkiti COVID-19, kali ini harimau Malayan pertama telah disahkan positive COVID-19 di di Zoo Bronx di New York City. Harimau yang berusia empat tahun ini telah dinamakan sebagai Nadia, dipercayai telah mendapat penyakit itu dari penjaga zoo yang tidak menunjukkan sebarang gejala pada waktu itu.

Nasib malang ini tidak hanya berpihak kepada Nadia, malah 6 ekor rakan-rakannya juga terkena gejala yang sama seperti batuk kering dan demam. Tetapi, kesemuanya dijangka pulih sepenuhnya dan kini mereka dibawah pengwasan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar.

Ketua doktor haiwan di Zoo Bronx berkata, sementara harimau dan singa lain juga menunjukkan tanda-tanda, zoo itu memutuskan untuk hanya menguji Nadia kerana ketika ini hanya Nadiayang paling sakit dan telah mulai hilang selera makan.

Zoo itu juga masih mengkaji mengenai bagaimana virus itu bakal berkembang pada haiwan seperti singa dan harimau kerana setiap spesies akan bertindak balas dengan cara berbeza terhadap jangkitan baru.

Di page Public Health Malaysia ada menegaskan kucing patut dikuarantin juga atau bagaimana? Namun dia menjawab setakat ini belum ada bukti yang menunjukkan kucing atau haiwan peliharaan lain boleh menyebabkan covid 19 merebak kepada manusia. Malah, tiada lagi saranan daripada jabatan veterinar tentang perkara ini.

Sumber: Channel News Asia & Public Health Malaysia
IKLAN