Gaya Hidup

Hasil Kerja Macam Tukang Berpengalaman, Lelaki DIY Gazebo Sendiri

Share

Jika zaman dahulu dipanggil pangkin kini ia lebih dikenali dengan gazebo. Malah, kini gazebo diolah dengan pelbagai reka bentuk agar tampil lebih menarik dan moden. Sesuai dengan citarasa masa kini dan harganya juga boleh tahan mahal.

Tapi kalau ada sedikit kerajinan pasti korang pun boleh hasilkan sendiri gazebo dengan hasil tangan sendiri seperti yang dilakukan oleh Abu Kasim Md Jani. Untuk pengetahuan, beliau hanya berbekalkan carian di Google dan panduan dari tukang.

Namun dek kerana nekad akhirnya terhasil gazebo seperti yang diinginkan. Bagi yang nak cuba, perkongsian beliau boleh dijadikan rujukan.

DIY gazebo, beranikan diri buat

First time buat gazebo. Asalnya kawan bagi tiang 4 batang, nekad buat saja. Memang puas tanya tukang, tengok gazebo orang dan Google. Beranikan diri jer buat.

1.Penyediaan tapak, tambak dan ratakan tanah.

2.Buat tapak. Tiang batu beli 2 batang, potong dua. 

3.Tegakkan tiang, letak saja kayu atas tiang batu. Tapi pada batu bubuh puting besi 2 inci masuk ke tapak tiang supaya tiang kayu tak bergerak.

4.Buat rangka bumbung. Pasang bahagian bawah dulu. Sampai atas nanti pasang tongkat supaya tak bergerak.

 

5.Buat lantai. Skirting bawah guna papan biasa kemudian potong buat design. Dah siap lantai sapu minyak guna Timbertone tapi saya campur sikit cat hitam untuk bagi gelap lagi.

6.Pasang kipas dan lampu (upah kawan). Buat siling. Kalau nak senang cat putih siling asbestos 2×4 tu. Letak sebelah atas baru paku dengan kayu gegulung untuk bubuh genting.

7.Siap. Papan bunga kat sisi tu pun buat sendiri. Sekarang baru tahu mengapa orang buat gazebo tak buat bumbung nasi lemak. Sebab banyak pakai genting, rabung dan muncung itik kat hujung tu.

Ini hasilnya gazebo ukuran 8×8 bermodal RM3k, lagi jimat dari upah orang buat. Terbaru dah ada penambahan tangga dan lantai.

Kalau boleh buat sendiri kenapa perlu bayar upah orang kan. Selamat mencuba.

Sumber: Abu Kasim Md Jani

IKLAN