Gaya Hidup

Hati-hati, Ini Dia Panduan Live Chat Yang Disarankan Oleh Cyber Security Malaysia!

Share

Sejak musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, sering sahaja kita tengok orang ber-live streaming atau video call baik bercakap tentang kerja mahupun santai-santai beborak sahaja.

Tiada masalah untuk melakukan semua itu. Tetapi jaga-jaga, jangan disebabkan ini anda terjerumus di dalam Scam mahupun masalah.

Di Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan

ada memberikan anda sedikit pandauan keselamatan penggunaan aplikasi persidangan video dalam talian oleh Cybersecurity Malaysia. Pastikan selamat untuk bekerja dari rumah.

1. Gunakan perisian Video Teleconference (VTC) terkini yang mempunyai reputasi yang bagus.

2. Muat turun perisian VTC dari laman sesawang rasmi dan sumber yang sahih dan boleh di percayai sahaja.

3. Jangan gunakan perisian cetak rompak.

4. Pantau sesi teleconferencing
dan pastikan peserta yang dibenarkan sahaja.

5. Lindungi sesi teleconferencing dengan kata laluan yang kukuh.

6. Untuk keselamatan, elakkan daripada berbicang pekara-pekara yang sulit dan sensitif.

7. Elakkan perkosngian dokumen sulit dan sensitif.

8. Jangan kongsi pautan atau ID VTC dengan orang lain.

Sekiranya ada laporan insiden / ancaman siber sila laporkan kepada Pusat Bantuan Kecemasan Cyber999 di saluran seperti berikut di talian No Kecemasan

1-300-88-2999 (bermula jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam) atau emailkan ke cyber999@cybersecurity.my atau hubungi terus ke numbor telefon yang tersedia 019-2665850.

Atau anda boleh SMS dengan taip CYBER999 REPORT (Email) (complaint) dan hatar terus ke 15888 atau lawati website CyberSecurity.

Sumber: Kementerian Wilayah Persekutuan

IKLAN