Gaya Hidup

Hati-hati Jangan Sampai Kejang Otot, Ini Antara Makanan Yang Boleh Anda Ambil!

Share

Kekejangan otot berlaku apabila otot menegang dan anda tidak dapat merehatkan otot tersebut. Ianya menyakitkan dan boleh menimbulkan suasana panik.

Kekurangan air dalam badan, senaman yang kuat dan kekurangan zat merupakan antara punca utaman otot kejang.

Malah kurangnya pengambilan sayuran hijau dan buah oren serta kacang boleh menyebabkan simptom yang sama kerana makanan ini kaya dengan kalsium dan magnesium yang boleh menguatkan lagi otot.

Untuk membantu mengurangkan dan membantu masalah otot kejang, anda juga boleh ambil lemak ikan dan tomato kerana ia dapat melancarkan peredaran darah dan kaya dengan potassium.

Sumber: Public Health Malaysia

IKLAN