Honda Malaysia Lantik Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Baharu, Hironobu Yoshimura

Share

Dalam kenyataan medianya pada hari ini, Honda Malaysia Sdn. Bhd. mengumumkan pelantikan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu, Hironobu Yoshimura yang meneruskan legadi Madoka Chujo.

Hironobu Yoshimura dilaporkan telah memulakan tugasnya di Honda Malaysia secara rasminya bermula 1 April 2022. Beliau memiliki pengalaman selama 34 tahun bersama Honda dengan kepakarannya membangunkan beberapa sektor penting sebelum ini seperti Perancangan Korporat, Perancangan Perniagaan, Pemasaran dan Khidmat Selepas Jualan.

Selepas menerajui pelbagai peranan di syarikat tersebut di Jepun, Thailand dan Pakistan kini tiba gilirannya untuk menjadikan Malaysia sebagai ‘rumah’ terbarunya.

Sebelum pelantikan ini, Hironobu Yoshimura telah berkhidmat di Pakista dengan menggalas jawatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Atlas Car Limited.

Berikutan perlantikan terbarunya, Hironobu Yoshimura berkata “Saya berasa cukup teruja untuk memegang peranan baharu di Honda Malaysia. Malaysia merupakan negara yang cukup unik dan mempunyai latar belakang cukaya dengan masyarakat majmuk.

“Madoka Chujo yang terdahulu memegang jawatan ini telah berjaya membina jenama Honda menjadi sangat berjaya di Malaysia malah sebagai antara peneraju teknologi automotif di rantau ini. Apa yang paling penting juga ialah Honda Malaysia telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dalam tahun-tahun sebelum ini.

“Saya ingin meneruskan legasi ini dan membawa syarikat mengharungi kondisi perniagaan post-pandemik dengan lebih positif dan membina lebih kekuatan di masa akan datang,” tambahnya lagi.

Beliau turut mengumumkan sebanyak tiga model dari segmen berbeza telah berjaya menduduki rangga pertama untuk Suku 1 tahun 2022. Model tersebut ialah City, City Hatchback dan Civic yang terbaharu.

Sementara itu, Madoka Chujo akan kembali ke Jepun meneruskan tugas dengan jawatan baharu di Honda Motor Co., Ltd. dalam bahagian Automobile Operations Sales Supervisory Units, Sales Divisyen.

Selamat datang dan maju jaya MASKULIN ucapkan kepada Hironobu Yoshimura!

IKLAN