Gaya Hidup

Hotel De Art Yang Popular Dengan Konsep Butik & Bilik Bertema Raih Anugerah Emas

Share

Hotel butik atau “Boutique Hotel” adalah istilah yang digelarkan kepada tempat penginapan hotel yang kecil, bergaya dan selalunya terletak di kawasan urban elit yang memukau.

Hotel De Art bukan sekadar hotel untuk pengunjung menginap tetapi juga untuk pengunjung menghayati tema-tema hiasan bilik seperti flora dan fauna, filem, Bandar-bandar utama (Paris & New York), suasana Mesir atau Eropah dan China dan juga tema artis dan kartun Elvis Presley, Michael Jackson, Mickey Mouse, Hello Kitty dan pelbagai lagi.

Baru-baru ini Hotel De Art yang cukup terkenal dengan keunikan bilik bertemanya sekali lagi mengorak langkah dengan merangkul anugerah emas bagi kategori Creative & Innovative Boutique Hotel. Anugerah tersebut disampaikan dalam satu acara gilang gemilang anjuran Malaysia Tourism Council Gold Award 2018 semalam.

Pengasas dan juga CEO Hotel De Art Sdn Bhd, Jenny Liow menerima anugerah yang disampaikan oleh Dato’ Dr.Ammar A.Ghafar, Pengarah Tourism Malaysia. Pernah merangkul anugerah Selangor Excellence Bussiness Award 2017, Jenny Liow berkata pencapaian kali ini memberi semangat baginya meluaskan lagi sektor hotel berkonsepkan butik di mata dunia.

Hotel De Art mula beroperasi seawal tahun 2010 di Seksyen 7, Shah alam dan kini menpunyai lima outlet secara keseluruhan dan mempunyai perancangan untuk menambah rangkaian hotelnya dalam masa terdekat. Menawarkan bilik inapan berlainan tema, Hotel De Art adalah antara pelapis awal yang mengetengahkan konsep butik yang sesuai bagi pelbagai lapisan masyarakat.

Majlis yang berlangsung di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Wan Azizah.

Info Tambahan

Tidak salah untuk mengeluarkan bajet besar sekali-sekala demi menikmati penginapan yang bukan sahaja meyeronokkan, malah dalam masa yang sama, mempunyai nilai berharga kerana boutique hotel adalah sangat istimewa bahkan setiap satu darinya mempunyai karakter tersendiri.

IKLAN