Hubungan Jarak Jauh Itu Hanya Fantasi Lucu, Ini Sebab Mengapa Ia Sering Gagal

Share

Hubungan romantis kini sudah jauh berubah dan berbeza berbanding generasi sebelum ini. Sempadan yang memisahkan boleh dikatakan sudah hampir tidak wujud dengan adanya pelbagai peranti dan aplikasi teknologi yang memudahkan komunikasi jarak jauh.

Disebabkan itulah kita lihat semakin ramai yang mula percaya dengan hubungan jarak jauh. Terlebih dahulu, MASKULIN ingin tegaskan hubungan jarak jauh itu tidak semuanya akan menemui jalan kegagalan.

Ia boleh berjaya. Dan ia boleh berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Namun percayalah usaha yang diperlukan oleh kedua-dua individu untuk menjayakan hubungan jarak jauh dalam jangka masa yang panjang amatlah menuntut komitmen yang luar biasa.

Tapi seringkali kita dengar banyak hubungan jarak jauh bertemu pengakhiran yang tragis dan linangan air mata. Mengapa ia boleh berlaku. Kali ini MASKULIN ingin kongsi mengapa hubungan jarak jauh itu boleh menemui kegagalan.

EMOSI TIDAK MATANG

Tuidak semua orang mampu bertahan dalam hubungan jarak jauh. Mungkin pada awalnya ia seiring dengan kehidupan anda berdua. Namun apa yang berlaku dalam kehidupan bukanlah senang untuk mengikut segala perancangan. Antara penyebab utama kegagalan adalah emosi yang tidak matang. Sudahlah berjauhan makin pula tidak matang dalam membuat keputusan.

PERASAAN INSECURE

Ini antara masalah utama dilalui oleh pasangan hubungan seperti ini. Sama ada lelaki atau perempuan sama sahaja. Jika anda terlalu insecure pastinya pasangan lambat laun berasa bosan dan rimas dengan tahap cemburu yang melampau.

SELALU BERFIKIRAN NEGATIF

Dalam hubungan seperti ini kunci utama menjayakannya ialah kepercayaan. Jika kepercayaan itu sudah tertiris dengan syak wasangka bukan-bukan maka ia berdepan kegagalan besar.

TAKUT AKAN PERUBAHAN

Setiap orang akan berubah sama ada kita suka atau tidak. Tapi biarlah perubahan itu diterima dengan baik oleh anda berdua. Usah berubah terlalu drastik hinggakan pasangan seakan sudah tidak kenal akan identiti, perangai dan sifat anda.

SUKAR AKUI KESILAPAN

Ego seseorang terutamanya lelaki kadangkala mengalahkan tingginya bangunan pencakar langit. Jika adan melakukan kesilapan tidak ada salahnya untuk meminta maaf walaupun dalam perbualan telefon atau panggilan video. Usah tipiskan hati pasangan yang sudah sedia jauh.

IKLAN