
Elly Idzlianizar Elias merupakan salah satu nama yang cukup dikenali dalam arena perlumbaan motosikal Malaysia, khususnya dalam Kejohanan Cub Prix Malaysia.
Pernah mengharumkan nama Malaysia di peringkat Asia dan antarabangsa, semalam dilaporkan Elly Idzlianizar Elias, 40, telah meninggal dunia.
Berita sedih itu dikongsikan oleh adik Allahyarham, Elly Idzliaikmal Elias, menerusi laman sosial miliknya.

“Selamat jalan abangku #16. Semoga tenang di negeri abadi, abang sayangku. Moga ditempatkan di syurga. Tunggu kami di sana, abang. Nanti kita jumpa di sana,” tulis Elly Idzliaikmal dalam perkongsiannya.
Allahyarham dikenali sebagai pelumba berbakat besar yang memulakan karier di arena perlumbaan tempatan, Cub Prix.
Sepanjang kariernya, Allahyarham berjaya menjuarai beberapa kejohanan bersama pengeluar terkenal seperti Yamaha, Honda, dan Suzuki. Beliau turut terpilih menyertai program pencarian pelumba ‘wildcard’ negara untuk beraksi di Grand Prix Malaysia pada tahun 2009.

Bakat luar biasanya membolehkan Allahyarham terpilih menyertai program tersebut bersama Zulfahmi Khairuddin dalam kelas 125cc, dengan pasukan Air Asia.
Selepas bersara daripada dunia perlumbaan, Allahyarham turut menceburi bidang pengacaraan dan pernah menjadi pengulas perlumbaan Cub Prix.
Selain itu, Allahyarham juga menulis sebuah buku autobiografi berjudul Evolusi Elly: Daripada Rempit kepada Juara, yang diterbitkan pada tahun 2010.
Difahamkan jenazah Allahyarham telah dibawa ke Hospital Alor Setar untuk menjalani proses bedah siasat bagi menentukan punca kematian.
Fakta menarik mengenai Elly Idzlianizar Elias
- Ikon Lumba Motosikal Malaysia: Elly Idzlianizar Elias merupakan salah seorang pelumba motosikal Malaysia yang dikenali kerana kejayaannya dalam perlumbaan di peringkat tempatan dan antarabangsa pada zamannya.
- Juara Kebangsaan: Elly pernah menjadi juara dalam pelbagai kejohanan motosikal kebangsaan, menjadikannya antara pelumba paling berjaya dalam sejarah sukan lumba motosikal negara.
- Penglibatan Awal: Beliau mula melibatkan diri dalam sukan lumba motosikal pada usia muda, dan bakatnya segera dikesan oleh pihak industri. Ini membawa kepada kerjaya yang cemerlang dalam perlumbaan motosikal.
- Pencapaian di Peringkat Antarabangsa: Selain daripada kejayaan di peringkat kebangsaan, Elly juga berjaya mengukir nama di peringkat antarabangsa, mewakili Malaysia dalam pelbagai pertandingan dan acara di seluruh dunia.
- Pengaruh Terhadap Sukan Motosikal Malaysia: Sebagai salah satu pelumba motosikal yang berjaya, Elly telah memberi inspirasi kepada generasi baru pelumba motosikal di Malaysia. Penglibatan dan kejayaannya telah membantu mempopularkan sukan tersebut di negara ini.
- Kemahiran Luar Biasa: Elly dikenali dengan kecekapan teknikalnya dalam mengendalikan motosikal, serta keberanian dan ketangkasan di litar lumba. Ini menjadikannya pesaing yang disegani di kalangan rakan pelumba.
- Legasi Berterusan: Walaupun telah bersara dari sukan lumba motosikal, namanya masih dikenang sebagai seorang legenda dalam sukan ini, dan pengaruhnya terhadap sukan lumba motosikal Malaysia tetap dirasai hingga hari ini.
Al-Fatihah buat Elly Idzlianizar Elias, jasamu mengharumkan nama Malaysia akan dikenang sampai bila-bila.
Sumber : Sinar Harian
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
‘Parking’ Kereta Di Kawasan Berbukit Atau Curam, Ini Beberapa Tip Boleh Elak Kemalangan

Melihatkan jumlah kepadatan penduduk dan pertambahan jumlah kenderaan di negara kita terutamanya di bandar-bandar besar keperluan ruang letak kereta semakin diperlukan.
Di lokasi yang sentiasa sibuk terutamanya seperti di Lembah Klang dan bandar-bandar besar di seluruh negara mempunyai lokasi curam dan berbukit. Jadi sudah menjadi perkara biasa ruang letak kereta berada di kawasan seperti ini.
Buat anda yang tinggal di kawasan yang banyak lokasi berbukit meletakkan kereta di kawasan curam sudah menjadi perkara biasa. Namun tahukah anda terdapat cara yang betul dan selamat bagaimana untuk parkir kereta di kawasan berbukit atau curam?

Apabila anda meletakkan kereta di kawasan curam musuh utama adalah graviti. Jika anda tidak mengambil langkah pencegahan dan parkir dengan cara betul perkara tidak diingini boleh berlaku.
Bila ia berlaku bukan kereta anda sahaja yang rosak malah boleh melibatkan kecederaan dan kemusnahan kenderaan atau harta benda orang lain. Sebab itulah bagi mengelak perkara ini berlaku anda harus tahu cara-cara meletakkan kereta di kawasan berbukit dengan betul.
Terdapat dua elemen yang sangat penting. Pertama, anda WAJIB menggunakan HANDBRAKE. Dan kedua, PUSINGKAN tayar ke arah yang betul untuk elak kereta berundur ke belakang atau ke depan jika berlaku kerosakan pada handbrake.
Berikut MASKULIN kongsi cara letak kereta di kawasan curam sama ada ke kereta menghadap ke arah naik atau ke bawah.
KERETA ARAH MENAIK
- pusingkan tayar ke arah berlawanan daripada arah tembok tepi jalan
- biarkan kereta mengundur ke belakang hingga tayar belakang menyentuh tembok
- cara ini boleh elakkan kereta anda mengundur dan tembok tepi jalan menjadi penghalang ia berundur ke belakang jika berlaku kerosakan brek

KERETA ARAH MENURUN
- pusingkan tayar hadapan menghadap tembok sisi jalan
- biarkan kereta bergolek ke hadapan hingga tayar hadapan menyentuh tembok jalan
- sama seperti cara pertama, tembok ini berfungsi menjadi penghalang kereta dari maju ke hadapan jika berlaku kerosakan brek tangan

KAWASAN TANPA TEMBOK
- jika tiada tembok perkara pertama perlu dilakukan ia pusing tayar ke arah berlawanan dari trafik
- ia bagi mengelak kereta bergolek ke arah trafik
- elakkan pusing stereng sampai habis bagi menghalang tekanan pada tayar dan sistem navigasi kereta
TIP UNTUK KERETA AUTO

- pertama sekali tekan brek ketika kereta masih dalam ‘D’
- kemudian tarik handbrake dan baru tukar gear ‘D’ kepada ‘P’
- boleh matikan enjin
TIP UNTUK KERETA MANUAL

- selepas kereta berada dalam kedudukan selamat, tarik handbrake
- kemudian tukar kepada gear 1 atau reverse, sebagai contoh jika parkir kawasan menurun letak pada kedudukan gear reverse
- tinggalkan kereta dalam keadaan tersebut
Semoga perkongsian kali ini boleh memberikan manfaat untuk anda. Selain pandu selamat, meletakkan kereta dengan selamat juga sangat penting!
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk saksikan siri terbaru kami, MASKULIN Xtra!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dash-Cam Untuk Keselamatan & Bukti Perjalanan, Ini 10 Model Hot Di Pasaran Sekarang

Kalau anda perasan dalam beberapa tahun kebelakangan ini semakin ramai pengguna jalan raya terutamanya kenderaan empat roda memasang kamera atau dash cam.
Sebab itulah juga semakin hari semakin banyak rakaman peribadi dari dash cam yang memaparkan pelbagai kes kemalangan dan jenayah dikongsi di laman media sosial.
Malah dalam kes tragedi kemalangan kenderaan SUV yang terjunam jatuh ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang yang mengorbankan seorang pemuda juga dirakamkan oleh seorang pengguna jalan raya menggunakan dash cam.

Fungsi dash cam bukan sahaja merakamkan kemalangan saja ya. Sebenarnya ia juga boleh melindungi anda daripada tuduhan palsu melibatkan kemalangan. Dengan bukti visual menerusi dash cam juga ia menjadi bukti kukuh untuk anda mempertahankan diri jika berdepan dakwaan palsu.
Dan jika anda terlibat dalam kemalangan yang bukan disebabkan oleh kesalahan anda, ia juga boleh membantu anda membuat tuntutan insurans. Rakaman tersebut boleh digunakan sebagai bukti kukuh bagi membantu anda dalam siasatan.
BACA: Kalau Tak Tahu Basic 12 Tip Servis Kereta Ini, Malu Jadi Lelaki Bro!
Malah dalam banyak kes yang berlaku di luar negara, dash cam telah menjadi penyelamat kepada pemandu yang berdepan dengan individu yang sengaja mencampakkan diri mereka di depan kereta kerana ingin membuat tuntutan palsu.
Anda sudah memiliki dash cam? Jika belum ini antara dash cam terbaik yang boleh anda pertimbangkan.
Garmin Dash Cam 55

Kelebihan: Rakaman berkualiti, size kompak
Kekurangan: Bateri kecil
Mio MiVue 766

Kelebihan: Rakaman video yang baik, reka bentuk cantik
Kelemahan: Bukan opsyen termurah, SD Card dijual berasingan
BACA: 10 Telefon Pintar Terbaik Berharga Bawah RM1000
Thinkware TW-F770

Kelebihan: Night mode yang baik, rakaman berkualiti
Kelemhan: Tiada kamera belakang, butang yang sedikit pelik
Z-Edge Z3

Kelebihan: Kualiti imej hebat, senang digunakan
Kelemahan: Features yang sedikit, tiada GPS tracker
Nextbase Duo

Kelebihan: 2 kamera dalam 1, fungsi GPS
Kelemahan: Tiada sambungan Wi-Fi atau Bluetooth, imej resolusi sedikit rendah
BlackVue DR650-2CH 32G Dash Cam

Kelebihan: Solusi yang agak profesional, rakaman full HD
Kelemahan: Agak mahal, set up yang agak rumit
Cobra CDR 840

Kelebihan: Harga berpatutan, rekaan stailo
Kelemahan: GPS yang kurang berkesan, imej terjejas dalam kondisi cahaya rendah
TaoTronics TT-CD06

Kelebihan: Rakaman yang lebih lebar, berfungsi dengan dalam cahaya rendah
Kelemahan: Tiada GPS, butnag kecil
YI Smart Dash Cam

Kelebihan: Binaan dalaman Wi-Fi, amaran lane departure
Kelemahan: Sokongan lemah GPS
RoadHawk DC-2 HD GPS Dash Cam

Kelebihan: Penstabilan imej, input audio luaran
Kelemahan: Fungsi yang terhad
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
JPJ Senaraikan 7 Jenis Kereta Perlu Dipanggil Semula Kerana Masalah Beg Udara Takata

Faktor keselamatan merupakan antara ciri-ciri yang paling penting dalam sebuah kereta dan kenderaan yang digunakan di atas jalan raya.
Antara ciri keselamatan yang cukup signifikan ialah penggunaan beg udara. Umum mengetahu beg udara merupakan sebuah rekaan alat keselamatan yang berfungsi untuk mengelakkan berlakunya impak teruk ke atas pemandu dan juga penumpang apabila berlakunya kemalangan.
Apabila berlaku perlanggaran atau hentakan beg udara akan dilepaskan dalam masa yang sangat pantas.
Namun begitu terdapat beberapa jenis beg udara yang terdapat di beberapa model kereta masih belum disahkan selamat terutamanya di negara kita kerana beberapa isu keselamatan.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Facebook mereka telah memuat naik dan menyenaraikan sebanyak 7 buah model kereta perlu dipanggil semula kerana ia melibatkan penggunaan beg udara Takata.
BACA: Pemanduan Pada Waktu Malam Lebih Selamat Jika Amalkan 5 Tip Ini
Malah, pihak JPJ menyeru kepada orang awam untuk memanjangkan pesanan mereka kepada saudara-mara dan rakan-rakan. Ini kerana dibimbangi mungkin ada pemilik kenderaan yang disenaraikan tidak tahu atau tidak menerima notis daripada pengeluar kerana mungkin membelinya dari sumber terpakai.
JPJ turut menyertakan beberapa pautan daripada setiap pengeluar yang menyatakan dengan terpinci tentang masalah yang dihadapi oleh beg udara dalam model kereta mereka.
Ikuti perkongsian daripada JPJ di bawah;
PANGGILAN SEMULA BEG UDARA TAKATA
Adakah anda memiliki salah satu jenama model ini?
Anda digalakkan untuk memberitahu kepada orang tersayang atau sahabat jika memiliki jenama model ini. Dan anda mungkin pemilik kenderaan yang tidak menerima notis daripada pengeluar kenderaan (jenama) tersebut, kerana anda mungkin membeli kenderaan daripada sahabat atau pusat jualan kenderaan terpakai.
SEMAK SEGERA kenderaan anda di laman web berikut :
1. HONDA : https://productrecall.honda.com.my/
2. TOYOTA : https://toyota.com.my/aftersales-…/special-service-campaigns
3. BMW : https://www.bmw.com.my/…/bmw-owners/takataairbagtechnicalca…
4. SUBARU : http://sites.subaru.asia/my/en/owners/aftersales/?pg=recall
5. MAZDA : https://mazda.com.my/Community/takata-announcement.aspx…
6. NISSAN : http://servicecampaign.nissan.com.my/
7. MITSUBISHI : http://mitsubishi-motors.com.my/mmm-takata-airbag-recall-la…
Bagi memudahkan segala soalan dan aduan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
Guna #soalanJPJ Untuk pertanyaan dan #aduanJPJ Untuk menyalurkan aduan, melalui Media Sosial rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (Facebook/ Twitter /Instagram) #JPJMalaysia
Keprihatinan amat dihargai. Terima kasih.
Klik utk aduan melalui SISPAA http://jpj.spab.gov.my/eApps/system/index.do
Jom ikuti media sosial rasmi JPJ untuk perkembangan terkini.

Masalah beg udara ini sebenarnya bukan sahaja di negara kita malah ia turut dilaporkan berlaku di beberapa negara lain. Panggilan semula untuk pemeriksaan di pusat servis ini bukanlah satu perkara yang asing kerana ia merupakan satu prosedur yang biasa.
Kredit: Jabatan Pengangkutan Jalan
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

